Sejak semalam, satu video menunjukkan seorang wanita memukul kepala seorang wanita tua dipercayai ibunya di sebuah hospital telah menjadi viral. Video itu dikongsi lebih 12,000 kali, menunjukkan seorang wanita yang menolak kerusi roda yang diduduki wanita tua, memukul kepala wanita tua itu dari belakang.
Rata-rata Netizen mengecam wanita itu kerana berbuat begitu kepada seorang warga emas. Bagaimanapun, beberapa orang yang mendakwa mengenali kedua-dua wanita itu mempunyai penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku.
Dengan penjelasan itu, mungkin kita semua patut berhenti membuat spekulasi. Yang nyata wanita itu memerlukan bantuan, dan bukan berada dalam keadaan waras. Pihak yang merakam sepatutnya membuat penyiasatan lanjut, bukannya menyebarkan video tersebuh tanpa maklumat sahih. Ikuti video tersebut di bawah:
SUmber: Friends of Barisan Nasional