‘Viral’ Video Tegur Pelajar Biadab, Pengusaha Kantin Terpaksa Tutup Kedai Setelah Terima Aduan Ibu Bapa

Kehidupan

‘Viral’ Video Tegur Pelajar Biadab, Pengusaha Kantin Terpaksa Tutup Kedai Setelah Terima Aduan Ibu Bapa

Pemilik gerai kantin sebuah sekolah rendah di Singapura, Rayner Tan, 27, yang popular di media sosial kerana video-video perkongsian pengalaman mengurus gerai, mengumumkan bahawa beliau bakal menutup operasinya selepas menerima aduan berhubung salah satu video tularnya.

Rayner, yang lebih dikenali sebagai @veg.eng, sebelum ini mencuri perhatian apabila menegur seorang murid lelaki yang mencampakkan wang kertas dua dolar ke atas kaunter ketika memesan makanan tindakan yang dirakam dalam videonya.

Advertisement

Namun, menurut Rayner, video tersebut telah dipadam selepas satu aduan rasmi dibuat kepada Sekolah Mee Toh, sekaligus memaksa beliau berdepan urusan yang rumit.

“Sukar untuk berurusan dengan pihak sekolah, pihak berkuasa, dan ibu bapa,” katanya.

Dalam kemas kini di Instagram pada hari ke-62 perjalanan mengurus gerai itu, Rayner memberitahu hampir 18,000 pengikutnya bahawa beliau tidak akan memperbaharui kontrak sewa yang bakal tamat pada tahun 2026.

Terima kasih atas komen positif, sokongan, dan galakan. Anda menjadikan video saya tular.

Video Melibatkan Murid Jadi Punca Aduan

Dalam beberapa video terdahulu, Rayner dilihat menegur murid yang bercakap kasar ketika membuat pesanan  beri nasihat agar pelajar lebih beradab dan menghormati orang yang lebih tua.

Pengusaha kantin tutup kedai

Bagaimanapun, pihak sekolah mengesahkan mereka menerima maklum balas daripada “ibu bapa yang prihatin dan orang awam” kerana rakaman itu memaparkan murid tanpa kebenaran.

Pengetua Sekolah Mee Toh, Kelvin Tay, menjelaskan:

Memandangkan beliau tidak mendapatkan kebenaran ibu bapa sebelum merakam atau merekodkan pelajar, video tersebut telah diturunkan.

Encik Tan membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak sewanya atas kerelaan sendiri. Pihak sekolah tidak meminta beliau menamatkan kontraknya.

Rayner kini telah memadam video asal dan menggantikannya dengan versi lain yang tidak menyentuh isu aduan.

Ada antara mereka menyifatkan aduan yang difailkan sebagai tindakan “mengada-ngada”, sementara yang lain mengakui mereka akan merindui video perkongsian Rayner selepas ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pois marin tangani
2025-11-19 10:48:00

"Bini Kasi Mancing, Itu Yang Penting" - Bot Pemancing Malaysia Hanyut Masuk Perairan Singapura, Cara Polis Negara Jiran Tegur Buat Netizen Terkejut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Stomp sg

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...