Video pernikahan pasangan muda di sebuah kedai buku di Korea Selatan menjadi viral di kebanyakan laman sosial media baru-baru ini.
Menurut portal Bahasa Melayu The Star, mStar, pasangan ini melaksanakan pernikahannya di sebuah pusat buku Islam di Seoul dengan hanya memakai pakaian musim sejuk, sebiji cincin dan mas kahwin sebanyak 200,000 won (RM756) sahaja.
Video sepanjang 4 minit itu telah dimainkan lebih dari 137,000 kali setelah ianya dimuatturunkan pada laman Facebook.
Pasangan lelaki hanya memakai sweater berwarna oren dan sehelai jaket hijau, manakala pasangan perempuan pula hanya mengenakan overall berwarna hitam.
Mohd Zulhilmi Abd Karim, 29, saksi kepada pernikahan tersebut menyatakan bahawa pernikahan yang simple itu adalah bukan perkara luar biasa di Korea Selatan kerana terdapat ramai umat Islam dari pelbagai negara yang memilih untuk berkahwin di pusat buku Islam tersebut – dan ianya adalah percuma.
Sumber: mStar
Abdul Fakkar Maudidi Safi, 27, dan Khadijah Salamah Ibrahim, 30, dinikahkan oleh kadi Sheikh Muneer Ahmad yang berasal dari India.
Abdul Fakkar juga menyatakan, seperti pasangan yang lain, pasangan dari Malaysia yang berkahwin di sana juga perlu mendaftar perkahwinan mereka semula di Malaysia setelah pulang ke tanahair