Viral Video Lelaki Panjat Kereta Isteri : “Tolong Hentikan Fitnah Ini” – Keluarga

Trending

Viral Video Lelaki Panjat Kereta Isteri : “Tolong Hentikan Fitnah Ini” – Keluarga

Screen Shot 2016-04-11 at 10.19.18 PM

Berikutan viral video yang merakamkan aksi seorang lelaki memanjat kereta yang dipandu isterinya, keluarga lelaki terbabit meminta orang ramai agar berhenti dari menyebarkannya.
Portal Sinar Harian melaporkan, seorang ahli keluarga lelaki terbabit telah menghubungi mereka bagi merayu kerjasama orang ramai untuk menghentikan fitnah yang tersebar.

Advertisement

Lelaki itu dan isterinya hidup bahagia sekarang, insiden itu hanya satu perselisihan faham kecil dan sudah selesai.

Jadi tolong hentikan fitnah ini kerana perkara ini menyebabkan keluarga mendapat malu,” kata individu tersebut.

Menurut individu lagi, dia juga tahu siapa yang merakam dan menyebarkan video itu kepada umum.

Saya mahu orang yang rakam dan sebar video berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga kami atau dia akan berdepan tindakan undang-undang.

Sekali kita buka aib orang, beribu kali tuhan akan buka aib kita, balasan ALLAH amat pasti…fitnah lagi bahaya dari membunuh…,” katanya.

Dia juga mempersoalkan adakah individu yang merakam dan menyebarkan video itu tidak merasa malu dengan perbuatannya itu.

Pihaknya yakin video itu sengaja disebar untuk memalukan keluarga lelaki itu.

Video berkenaan berkenaan telah dimuat naik ke laman Facebook semalam dan ditonton hampir lebih 1 juta pelayar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

3 Comments

  1. 1234

    April 13, 2016 at 7:30 pm

    X dak kja bnda mcm tu rakam pastu viral kan..bodoh..pkai otak wey jgn pkai kpla lutut..semua bnda nak d viralkan..manusia zaman la no..menuju kerugian..

  2. lara

    April 13, 2016 at 8:51 am

    sah2 la yg rakam tu dok dalam kete same, mesti la org rapat, sedara mara, kawan ‘mangsa’.. tanyelah ‘mangsa’ tu sape yg sebarkan.

  3. Lisa

    April 12, 2016 at 1:16 pm

    ‘Tlefon papa’ yg perempuan tu cakap masa dlm kreta tu mcm mereka berdua tu adik beradik. Apapun semoga aman rumah tangga. Amin.. doa yg baik2 dah le utk pasangan tu.