Viral Video KJ Salam ‘Sombong’ Dengan Syed Saddiq

Trending

Viral Video KJ Salam ‘Sombong’ Dengan Syed Saddiq

Memang tak boleh dinafikan keakraban bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamalauddin dengan atlet-altet Malaysia. Tidak hairanlah jika mereka sering mendapat layanan istimewa setiap kali pulang ke tanah air dari mana-mana acara sukan antarabangsa, lebih-lebih lagi jika mereka ada menyumbang sebarang pingat untuk Malaysia.

Hubungan akrab itu tetap ada dan masih terjalin meskipun Khairy tidak lagi memegang portfolio berkenaan, dia tetap memberi sokongan terhadap para atlet menerusi semua laman media sosialnya.

Advertisement

Tidak ketinggalan, semalam dia turut hadir dan turun padang menjemput serta meraikan kepulangan kumpulan akhir atlet paralimpik negara yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam semalam.

Tetapi disebalik sokongan yang diberikan itu, timbul isu yang tidak menyenangkan tentang lawatan Khairy ke KLIA semalam bila satu video tular di laman sosial. Video itu menunjukkan yang Khairy bersalaman dengan Menteri Belia dan Sukan yang baru, Syed Saddiq.

Tindakan Khairy Jamaluddin yang menghulurkan tangan dan berpaling muka seolah-olah tidak menghormati Menteri Belia dan Sukan itu.

Syed Saddiq menghulurkan tangan sambil bertanya: “How are you, sir?” namun Khairy dilihat menyambutnya dingin sebelum terus berpaling ke arah lain.

Sikap yang ditunjukkan Ahli Parlimen Rembau itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menontonnya.

Rata-rata komen mengatakan yang mereka rasa kecewa dengan tindakan Khairy yang sebelum ini dianggap sombong tidak bertempat dan tidak ada adab bila bersalaman.

Netizen turut mempersoalkan kenapa Khairy Jamaluddin bertindak ‘tidak profesional’ sedangkan dia tidak lagi ada kena-mengena dengan kementeriaan itu.

Video berdurasi 15 saat itu dipercayai dirakam ketika Syed Saddiq tiba dan bersalaman dengan semua tetamu di KLIA malam semalam untuk menyambut kepulangan atlet paralimpik negara.

Sebelum itu, Khairy turut memuat naik video bertemu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang mencipta kejayaan luar biasa dengan membolot tiga pingat emas.

Setakat ini tiada maklum balas rasmi dari Syed Saddiq atau Khairy Jamaluddin mengenai video tular tersebut. Rasanya isu ini tidak akan rosakkan hubungan atau timbulkan apa-apa isu diantara kedua-dua ahli parlimen ini, hanya netizen saja melaga-lagakan mereka dengan komen-komen negatif.

Wira dan wirawati paralimpik negara Berjaya meraih 17 pingat emas, 26 perak dan 25 gangsa pada temasya Suka Para Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta Indonesia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...