Viral Video Kereta Heret Polis, Pasangan Kekasih Dihadapkan Ke Mahkamah

Trending

Viral Video Kereta Heret Polis, Pasangan Kekasih Dihadapkan Ke Mahkamah

Baru-baru ini tular di media sosial pasal satu video yang menunjukkan pemandu Perodua Alza merempuh polis selepas kantoi buat perkara tak senonoh dalam kereta. Masalahnya kering betul ye sampai buat macam tu sekali. Kesian kat polis tu terpaut jer kat depan kereta.

Menurut laporan Harian Metro, sepasang kekasih itu bagaimanapun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi atas tuduhan khianat dan mencederakan anggota polis pada hari kejadian.

Advertisement

Lelaki yang berusia 19 tahun mengaku bersalah dan pasangannya yang berusia 20 tahun tidak mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dan minta untuk dibicarakan kes.

Kejadian itu juga menyebabkan seorang anggota polis yang bertugas cedera. Bukan tu jer, tertuduh juga didakwa telah melakukan khianat dengan merosakkan motosikal milik anggota polis itu yang menyebabkan kerugian sebanyak RM1,060.

Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan manakala pasangannya dituduh bersubahat terhadap kedua-dua tuduhan yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Walaubagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan setelah tertuduh merayu jaminan dikurangkan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...