Viral Video Jenaka Ketika Solat, Ustaz Tampil Beri Teguran

Trending

Viral Video Jenaka Ketika Solat, Ustaz Tampil Beri Teguran

Pada tahun ini, ibadah solat tarawikh terpaksa dilakukan di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang sebarang aktiviti di masjid atau pun surau.

Walaupun begitu, ianya tetap mempunyai hikmah kerana kita dapat melaksanakan ibadah dan aktiviti kerohanian bersama-sama ahli keluarga.

Advertisement

Namun baru-baru ini tular beberapa video dan gambar yang menunjukkan ahli keluarga yang sedang bersolat, diganggu oleh anak kecil mereka. Ianya memang melucukan dan mendapat ribuan perkongsian netizen di media sosial.

Satu kesalahan dan boleh menimbulkan perasaan kurang senang jika berjenaka tentang solat.

Ustaz Nik Nizam Nasir tampil mengulas mengenai perkara tersebut dan jelasnya ia mencetuskan perasaan kurang senang kepada umat Islam yang lain.

Dia menegaskan walaupun tanpa niat, kita tidak sepatutnya menyebarkan rakaman sehingga ia menjadi bahan jenaka. Seorang Muslim perlu menjauhkan diri dari perbuatan mempersendakan agama atau menjadikan solat sebagai satu bahan jenaka.

“Jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan.”

Haram hukumnya jika kita sengaja membatalkan solat.

Dia turut menjelaskan bahawa ia adalah haram jika seseorang itu membatalkan solat dengan sengaja kecuali berlaku sesuatu hal yang darurat.

Di harap masyarakat terutamanya orang Islam menerima teguran ini dengan hati yang terbuka supaya sama-sama dapat menjaga kehormatan dalam solat dan ibadah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...