Iktibar Dari Video Anak Pukul Ibu, Lelaki Ini Kongsi 15 Tips Berguna Dalam Mendidik Anak

Trending

Iktibar Dari Video Anak Pukul Ibu, Lelaki Ini Kongsi 15 Tips Berguna Dalam Mendidik Anak

Baru-baru ini viral video yang memaparkan seorang anak lelaki memukul ibunya gara-gara ibunya tidak memberikannya wang belanja. Video itu yang tular di media sosial mendapat kecaman dari para netizen di luar sana.

Advertisement

Tidak kurang ada juga netizen yang membela si anak itu.

Rentetan peristiwa itu, seorang Artis Kaligrafi,Afnan Rosli berkongsi dengan netizen 15 tips mengajar adab pada anak.

Since Viral baru ni video anak pukul ibu dia tu. Saya nak share 15 tips2 ajar Adab pada anak.

Moga bermanfaat..

1. Sentiasa masuk rumah dengan #Salam dan #Ciuman. Cium anak2, cium isteri anda depan mereka. Ini akan beri satu sense of #Love & #Mercy pada anak2.

2. Layan ibu/ayah mereka (isteri/suami kita) macam Raja/Permaisuri. Macamana kita layan pasangan, macamtu lah anak akan layan kita.

3. Bila call parents, bagi anak anda bercakap dengan mereka juga. Cucu kalau sembang ngan tok, memang lama ? Sentiasa bawa mereka ziarah ibu bapa anda. Makin baik anda jaga ibu bapa anda, makin baik lah anak anda jaga anda nanti.

4. Bila hantar mereka ke sekolah, jangan asyik pasang Radio atau CD je. Tetapi, Ceritakan pada mereka tentang diri anda. Zaman kecik2 anda dulu, zaman bercinta dan sebagainya. This will have a greater #Impact -Trust Me! ?

5. Baca kan pada mereka sepotong #Hadith setiap pagi. Tak ambil masa lama pun, tetapi kesan nya sangat #Hebat! Cuba lah.

6. Sikat rambut, gosok gigi, perpakaian kemas walaupun anda hanya duduk di rumah. Anak2 perlu belajar bahawa berperwatakan #Kemas tiada kaitan dengan keluar rumah. Jadikan #Kemas itu personality mereka.

7. Kurangkan perkataan #Jangan @ #TakBoleh. Along, jangan buat itu, along jangan buat ini, along, itu tau boleh, ini tak boleh. Down lah budak tuu… Focus pada benda yang mereka kena buat atau boleh buat. Ini akan tambah #confidence mereka.

8. Mintak izin anak sebelum masuk ke bilik mereka. Jangan sekadar ketuk pintu terus masuk. Mereka pun akan buat benda sama untuk anda.

9. Minta maaf pada anak2 kalau anda ada buat silap. Ini akan mengajar mereka untuk jadi #Humble & #Polite.

10. Jangan nak jadi sarcastic sangat atau perlekehkan pandangan atau pendapat mereka. Ini akan hilangkan keyakinan mereka, dan menyakitkan hati mereka.

11. Tunjuk kan rasa hormat pada #Privacy anak2 anda. Ini penting untuk #SelfEsteem mereka.

12. Ajar mereka #Sunnah2 gaya hidup Nabi Muhammad ?. Itu yang terbaik!

13. Elakkan bergaduh/bertekak depan anak. Ada salah faham settle elok2 belakang mereka.

14. Jaga percakapan. Jangan pernah mengumpat jiran, atau sewaktu memandu, jangan mengutuk pemandu lain. Anak2 anda dengar, hadam dan tiru percakapan anda. Hati2.

15. Suruh mereka #Follow Afnan Rosli dekat FB. Confirm jadi anak #Soleh. gurau je.

Mendidik anak dengan cara-cara yang baik dan sabar agar mereka mengenal dan mencintai Allah, yang menciptakannya dan seluruh alam semesta,  mengenal dan mencintai Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, yang pada diri beliau terdapat suri tauladan yang mulia.

Serta agar mereka mengenal dan memahami Islam untuk diamalkan.

Ajarkanlah Tauhid, iaitu bagaimana mentauhidkan Allah, dan jauhkan serta laranglah anak dari berbuat syirik. Sebagaimanan nasihat Luqman kepada anaknya.

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika ia memberi pelajaran kepadanya, ‘Wahai anakku! Janganlah engkau memperskutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezhaliman yang besar.’” [Luqman: 13]

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...