Written by AbangNara | October 31st, 2017

Baru-baru ini Abang Nara telah menerima satu video viral menerusi Whatsapp berkenaan perbezaan dalam kuantiti minyak yang diisi di PETRONAS. Terkejut jugak Abang Nara melihat video tersebut. Iyerlah, berdasarkan pengetahuan Abang Nara, semua pam stesen minyak di Malaysia ini termasuk PETRONAS sentiasa dipantau dan dikalibrasi dari masa ke masa.

PETRONASEnggan membiarkan para penggunanya terus berspekulasi dan mendapat informasi yang salah, PETRONAS Dagangan Berhad telah membuat siasatan segera atas dakwaan tersebut. Pihak KPDNKK and Metrology Corporation sendiri telah turun padang ke stesen minyak PETRONAS terbabit dan membuat ujian.
PETRONAS
Ternyata dakwaan di dalam video viral tersebut adalah tidak benar sama sekali selepas hasil siasatan menunjukkan jumlah minyak yang dipam adalah sama dengan jumlah pembayaran. Masalah yang terjadi adalah aliran pam perlahan dan ia tidak menganggu kuantiti isian sama sekali. Berikut ialah kenyataan rasmi daripada PETRONAS:-

SEHUBUNGAN dengan insiden di stesen PETRONAS Simpang Pulai Arah Selatan yang dimuat naik dalam laman sosial media dan WhatsApp, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) ingin menjelaskan bahawa masalah teknikal yang dialami adalah berkaitan dengan kadar kelajuan aliran pam dan bukannya perbezaan dalam kuantiti minyak yang diisi, seperti yang didakwa.

PDB telah mengambil tindakan segera dan kerja-kerja baik pulih telah dilaksanakan. Pam kini telah beroperasi seperti biasa.

PDB ingin menegaskan bahawa semua pam di stesen kami senantiasa dikalibrasi dan gangguan teknikal ini merupakan kes terpencil yang tidak menjejaskan kuantiti isian sama sekali.

Kami berharap ini memperjelaskan perkara di atas dan kami memohon kerjasama anda untuk tidak terus mengedarkan informasi palsu ini.

Maklum balas dari anda amat dihargai. Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan bagi memberikan pengalaman terbaik untuk para pelanggan di semua stesen kami.

Untuk sebarang aduan atau maklumat, hubungi ejen khidmat pelanggan kami di talian hotline 1-300-88-8181 atau email [email protected]

Abang Nara memang dari dulu lagi adalah pengguna setia PETRONAS. Keyakinan Abang Nara semakin bertambah melihat kepantasan dan kecekapan PETRONAS menangani isu ini. Diharap anda juga begitu. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh layari laman web Mymesra.



22 responses to Viral Video Aliran Pam Perlahan, PETRONAS Tampil Beri Penjelasan

  1. Yaya says:

    hahahahahhaha..statement bongok. Kalau xde orang buat viral mcm ni, ada sape tahu pam tu ada buat calibration dan maintanance? Dah jd viral, baru kau tahu panas bontot. Sebelum ni pun aku dah perasan, asal isi kat petronas mmg bar minyak aku xpernah nk naik banyak. Dasar pembongak.

    17

    0
    • Hax3 says:

      Kerang ku mengalami aliran cecair bila tengok Fattah bercumbu sama telepon Oppo!

      1

      1
    • eh says:

      lol.

      “masalah teknikal yang dialami adalah berkaitan dengan kadar kelajuan aliran pam dan bukannya perbezaan dalam kuantiti minyak yang diisi”

      rasanya kelajuan aliran pam xde kaitan dengan bar minyak ko kan? bar minyak depends on kuantiti not rate..

      1

      0
  2. Anonymous says:

    Apa ni? Yemak laaa

    1

    0
  3. Anonymous says:

    Saya pengguna Shell. Minyak Petronas buat kereta saya semput2. Kereta saya auto..boleh beza kalu saya guna minyak Petronas ni. Ala pergi x pergi gituuu..

    13

    1
  4. Kick buttowski says:

    Ini pun jd berita ke

    0

    1
  5. Anonymous says:

    Saya pakai letrik so tak tahu. Saya naik monorel..hihihiks

    13

    0
  6. Anonymous says:

    Sya dh lama boikot petronas…sblm vd viral tu.
    Mmg meter ada beza isi petronas dgn isi shell.

    13

    0
    • sally says:

      betul..sy pon kalo terpaksa jek guna sebab memang xde kepuasan…sblum viral pon kita da lama peratikan…angin je yg kuar..ada lg rm2 dia punya pam tu da slow cam xde apa minyak yg keluar….sekian pengalaman ku di petronas yg berbeza tapi pngalaman yg sama. takyah bg penjelasan lg…abg nara x yah explain..dapat bayaran ke

      4

      0
    • Anonymous says:

      ckp mcm org bodoh. kau tahu x kalau kiok petronas ni, kiok la malaysia ni.

      0

      0
    • Anonymous says:

      report dan complaint. petronas tu malaysia punya. takya nak jatuhkan.

      0

      0
  7. Anonymous says:

    ptronas dah hilang kredibiliti sejak tun mahathir letak jawatan…

    13

    0
  8. Anonymous says:

    Membonghok betol topik ni. Semak la ni bukan gosip…

    0

    0
  9. Anonymous says:

    shell meter naik banyak , tapi cepat nau la surut meter. petronas pulak selalu isi mesti kurang. dua2 sama. but now i used petron! the best tahan lamaaa je kalau isi full .

    7

    0
  10. adriana says:

    Jabatan mesin & jentera dibwh kementerian teknologi & industri x de buat check ke..kn tiap petrol Pam wajib di selenggara..tidur ke apa ni..

    2

    0
  11. gunalah minyk BHP…power…ni.1

    1

    0
  12. Ye ker banggg says:

    Minyak naik lagi…undilah Barisan Nasional!!!

    1

    0

Leave a Comment

Optional