Viral Tikus Dalam Bekas Cili Kering, Pasaraya Lupus 63.8 KG Cili Kering

Trending

Viral Tikus Dalam Bekas Cili Kering, Pasaraya Lupus 63.8 KG Cili Kering

Susulan isu viral mengenai tikus yang dijumpai oleh seorang pengunjung pusat membeli belah, sebuah pasar raya di daerah ini telah melupuskan 63.8 kg cili kering bagi mengembalikan semula keyakinan pengguna berikutan penyebaran gambar tikus dalam longgokan cili kering di pasar raya tersebut.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Azlan Abd Samat berkata lima petugas KPDNKK ke pasar raya itu untuk mengesahkan viral berkenaan.

“Pihak pengurusan pasar raya memaklumkan sudah melupuskan semua 63.8 kilogram stok cili kering yang masih berbaki.

“Pihak pengurusan juga memaklumkan mereka menukar kaedah penjualan cili kering dengan membungkusnya dalam bungkusan kecil, tidak lagi secara terbuka dalam kotak besar seperti sebelum ini,” katanya.

Azlan juga berkata pihaknya tidak boleh mengambil tindakan seperti mengenakan kompaun atau denda kerana ia dibawah penguatkuasaan Jabatan Kesihatan.

“Oleh itu, KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan selepas ini untuk melakukan pemeriksaan lebih kerap membabitkan kebersihan bahagian makanan di pasar raya,” katanya.

Sebelum ini, gambar tikus bersama lada kering itu menjadi viral setelah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Winnie Tan pada Isnin.

“Walao eh! Tikus dalam bekas cili kering. Agak-agak ada 10 ekor ke atas di dalam bekas. Nak makan mati orang ke ni? (Nak bagi orang mati ke ni?),” katanya pada satus di FB.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...