Nak cari lip tint sesuai bukan senang tau, sebab ada yang melekit ataupun terlalu kering.
Tapi no worries guys, baru-baru ni BeautifulNara baru je review satu produk yang agak viral di TikTok iaitu Peach Lip Tint dari jenama barenbliss(BNB).
Apa yang kami boleh cakap, lip tint ni ada ada semua kebaikan iaitu melembapkan, tahan lama, transferproof dan bau peach yang sweet je. Ada 2 benda yang buatkan kami jatuh cinta dengan lip tint ni, pertama sekali mestilah tekstur dia, yang seakan-akan jeli dengan kemasan glow finish.
Dengan warna pop yang ceria, shades ni memberikan hasil sama seperti artis Kpop yang anda minat. Tapi ada satu lagi benda yang best dengan lip tint ni ialah kesan lembapan yang berpanjangangan dan tak mengeringkan bibir lepas digunakan. Love sangat!
Bila tengok video di TikTok ramai yang cakap Peach Lip Tint ni tahan lama, jadi kami pun cubalah untuk membuktikannya. Ternyata ia terbukti BENAR! Kami mengenakan lip tint ni pada waktu pagi dan warnanya tahan sehingga 24 jam tau!
Kami apply lip tint ni pada waktu pagi sebelum pergi ke kerja, kami kagum sebab warnanya kekal sepanjang hari seolah-olah guna produk lipstick jenis ‘matte’ pula. Kalau minum air direct daripada straw dan cawan pun lip tint ni susah nak hilang tau menjadikannya transferproof. Tak perlu asyik nak touch up je kalau hilang.
Dihasilkan dengan Teknologi Stain-Lock yang membolehkan warna lip tint tidak pudar dan mengekalkan warnanya yang asal. Ia juga diformulasi daripada 6 bahan semulajadi yang kaya dengan antioksidan dan nutrien yang menjadikan bibir lebih sihat dan bersinar.
Pakai daripada pagi sehingga balik kerja, warna dia kekal sama je tak hilang. Macam mana kami tahu? Sebab kami dah cuba lah!
4 Warna Yang Trendy
Peach Lip Tint ni menawarkan 4 warna yang trendy hasil dari Color-Pop Formula yang menghasilkan warna warna pop yang nampak ‘muda’. Empat warna yang ditawarkan ialah Paradise Found 01 (Glow Pinkish Red), Pretty Please 02 (Lively Peach Coral), Take Change 03 (Shiny Red Cherry) dan Never Settle 04 (Intense Reddish Plum).
Kalau suruh pilih satu, kami akan pilih Take Change 03 dengan warna Shiny Red Cherry. Dengan satu shade ni je, kami boleh adjust warna dia mengikut ‘mood’ yang diinginkan. Warnanya yang ‘lovely’ dengan bau peach pula buatkan kami feeling sikit macam artis Korea.
Secara peribadi, kami rasakan kod 01 dan 03 sangat sesuai digunakan dalam aktiviti seharian seperti ke pejabat, pasaraya dan sebagainya. Manakala kod 02 dan 04 pula sesuai jika ada acara istimewa seperti keluar dengan pasangan atau menghadiri undangan.
Selain warna yang cantik dan lembap pada bibir, satu benda yang kami suka sangat dengan jenama lip tint ni ialah ia tidak mengandungi bahan berbahaya seperti paraben, alkohol, minyak mineral dan juga bebas tak diuji atas haiwan.
Sedikit tips dari BeautifulNara, anda boleh gunakan lip tint barenbliss (BNB) dengan dua cara. Gaya pertama dengan hanya satu sapuan untuk hasil peachy glossy tint, gaya kedua dengan sapuan penuh untuk bibir yang lebih mungil.
Miliki Kesemua Warna Lip Tint barenbliss (BNB) Hari Ni!
Secara total, kami memang highly rekomen Peach Lip Tint dari jenama barenbliss (BNB) sebab ia membantu menaikkan seri wajah. Dengan teksturnya yang ringan dan mudah diratakan, ia juga tahan lama, tidak melekit dan sangat melembapkan. Bibir kami tak rasa kering pun walaupun dah pakai seharian. Paling best, lip tint tak lekat kat face mask. Maksudnya produk ‘viral’ ni memberikan hasil yang sangat wow!
Kalau anda berminat nak memiliki lip tint ni, korang boleh dapatinya di Shopee. Jangan lupa juga untuk ikuti akaun rasmi barenbliss (BNB) di Instagram, TikTok, Facebook dan YouTube untuk info lebih lanjut.