Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Viral Tarian Jeng Jeng Dipersenda : Fauziah Nawi Tidak Kecil Hati, Tiket Laris Dijual

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai video seorang gadis dengan gaya tarian yang unik sambil menyanyi “Jeng Jeng Jeng” ketika mempromosikan teater Kembang Layarku di RTM. Ada juga netizen yang terhibur tetapi ada juga yang mencemuh tarian tersebut dan menganggap ia adalah persembahan yang mengarut sudah sama seperti orang kena rasuk.

Advertisement

Pengarah dan juga pengasas Sanggar Teater, pelakon Fauziah Nawi berkata, beliau sedikit pun tidak tersinggung apabila video anak didiknya itu menjadi bahan jenaka ramai. Jelas Fauziah, persembahan teater itu telah pun dipentaskan pada Julai lalu dan tidak menyangka ia akan viral sekarang. Malah, tiket untuk teater tersebut habis terjual dalam masa tiga hari sahaja.

Teater Kembang Layarku sebenarnya dah lama dipentaskan. Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat liputan meluas, tiket untuk tiga hari pementasan habis terjual. Tetapi, saya tak sangka pula yang ia akan tular lebih lewat. Tapi, tak mengapa kerana mungkin selepas tular, ramai akan nampak kewujudan Sanggar Teater.

Pada awalnya, anak muridnya itu takut untuk memaklumkan mengenai penularan video berkenaan kepadanya kerana bimbangkan beliau akan berkecil hati, namun dia mengakui tidak kisah dengan percakapan orang.

Mulanya, mereka takut untuk maklumkan mengenai penularan video itu kepada saya. Alasannya, mereka takut saya berkecil hati andai kata mereka memalukan saya di acara TV itu. Saya tak kisah orang nak cakap apa pun. Mungkin ramai yang tidak faham kisah yang cuba disampaikan menerusi teater itu. Kalau mereka nak kecam dan cakap yang bukan-bukan, saya tak kisah.

Tambah Fauziah, mungkin persembahan itu dianggap lucu kerana orang ramai hanya menonton sebahagian daripada karya berkenaan. Sebenarnya, teater Kembang Layarku sarat dengan emosi dan yakin penonton akan memahaminya jika menonton sehingga akhir.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video: Barbecue Pasta

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Gorges

    August 30, 2018 at 4:24 am

    2.24 pikir sebelum nak komen ya! Jangan kutuk orang bertudung macam tu kerana cop bangang tu jatuh setepek kt Muka sendiri! ! Aku nak tanya lah dalam famili ie mak ko, Adik, kakak Ko. ada yang bertudung tak? So How many bangang in your family? And how many bangang friends you have? I think you are the most bangang for giving such comments

  2. Anonymous

    August 30, 2018 at 2:24 am

    Melayu bila pakai tudung automatik jadi bangang ye?

  3. Anonymous

    August 29, 2018 at 4:22 pm

    Tarian mcm org mabuk ketum..uchuk rever lg power

  4. Yana

    August 29, 2018 at 12:25 pm

    Tarian yg tak memberi maksud.. Buat teater tah pape tah..

  5. Anonymous

    August 29, 2018 at 12:08 pm

    komen x laku

Loading...
To Top