Semalam, tular satu video yang memaparkan pasangan dipercayai suami isteri sedang bergaduh di sebuah pasar raya dan kejadian itu disaksikan ramai pengunjung lain.
Menerusi rakaman itu, lelaki berbaju hitam dilihat memarahi wanita berkenaan berhubung barangan yang dibelinya sebelum bertindak membaling satu per satu ke atas lantai.
Wanita itu pula didengari memarahinya semula dan memintanya untuk mengutip semula produk yang telang dibaling namun tidak diendahkan.
Hei!! Awak ambil balik. Tak ada! Awak ambil balik. Saya memang nak ambil ni!!
Lelaki berkenaan yang dilihat hilang sabar kemudian menahan wanita itu daripada menarik troli yang dipenuhi barang tersebut sebelum menghempasnya ke atas lantai.
Barangan yang mahu dibeli itu dipercayai untuk persiapan sambutan Hari Raya Aildiladha pada hujung minggu ini.
Bagaimanapun, timbul pula dakwaan bahawa insiden terbabit merupakan content yang sengajah dihasilkan oleh pihak pasar raya berkenaan.
Dakwaan itu timbul selepas seorang content creator memuat naik satu video yang memaparkan dirinya ‘kebetulan’ berada di pasar raya berkenaan ketika kejadian berlaku.
Boleh pula senyum tengok orang gaduh
Apa yang membuatkan orang ramai mengesyaki video itu adalah rekaan semata-mata adalah kerana reaksi content creator berkenaan yang dilihat teruja melihat pergaduhan berkenaan.
Confirm content, orang tengah mengamuk kau pergi senyum, buat peace dan rekod gambar akak tu. Orang normal kat tempat akak tu confirm lagi baran orang record malukan dia, bukannya peluk tubuh buat muka merajuk macam tu.
Tiba tiba ada content creator kat situ. Macam content 🤔 pic.twitter.com/WCwY0iBOIu
— kamaghul deghaman (@kamaghul) June 4, 2025
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.