Di laman sosial, trending satu jenama skincare yang dikatakan efisien menentang jerawat. Hasilnya, kulit flawless bebas jerawat!
Paling best, influencer dan peminat skincare pun ramai dah cuba dan recommend rangkaian Eucerin ProACNE Solution ni. Memang bagus ke?
Malahan, pakar juga menasihatkan untuk mencari skincare dengan bahan-bahan yang diuji secara dermatologi dan efisien.
Penjagaan kulit secara dermatologi terbukti efektif dalam masa 2 minggu*
Eucerin ProACNE Solution terbukti efektif mengurangkan bukan saja kulit berjerawat malah bekas jerawat.
Rangkaian produk ini terbukti secara klinikal membantu mencerahkan bekas jerawat dan menjadikan tona kulit lebih sekata dalam masa 2 minggu* dengan penggunaan konsisten dan teratur.
4 bahan cegah jerawat, bekas jerawat dan jeragat
Apa yang buatkan Eucerin ProACNE Solution ni berkesan?
Kalau nak tahu, kombo 4 bahan terbaik untuk menentang jerawat, Thiamidol, Salicylic Acid, Hydroxy complex dan juga Licochalcone A adalah jawapannya.
Bahan-bahan ini menjadikan rangkaian Eucerin ProACNE Solution rangkaian skincare anti-jerawat dan bekas jerawat yang terbukti berkesan dan diuji secara dermatologi.
‘Saya bukan remaja, kenapa ada jerawat lagi?’
Mesti ramai yang fikir, masalah jerawat hanya dialami oleh remaja kan? Sebenarnya, itu semua MITOS!
Menurut kajian pakar, dianggarkan sehingga 40% daripada orang dewasa yang berumur lebih daripada 25 tahun mempunyai kulit berjerawat¹.
Selain itu, lebih daripada 50% daripada penderita masalah jerawat ini juga turut mengalami masalah bekas jerawat² yang boleh meninggalkan kesan sehingga 5 tahun³.
Sebenarnya, apa punca jerawat?
Kadang-kadang bukan tak jaga kulit, semua rutin dah buat, tapi masih diserang jerawat, apa yang perlu dilakukan?
Tanpa penjagaan yang betul, pengeluaran sebum berlebihan pada kulit wajah membuatkan kulit nampak berminyak.
Perlu diingatkan, faktor luaran seperti diet, tahap stress dan gaya hidup juga sebahagian faktor yang menyebabkan terjadinya jerawat.
Terlalu banyak sebum dihasilkan ditambah pula dengan kotoran membuatkan pori-pori tersumbat. Akhirnya jerawat, bintik hitam, bintik putih, papula, pustula dan sebagainya terbentuk pada wajah dan badan.
Untuk mendapatkan kesan yang efektif, adalah penting untuk mengikut rejim penjagaan yang betul dan diuji secara dermatologi yang membantu menangani jerawat dengan langkah seperti berikut:
Nak tahu tak, langkah mencuci wajah adalah langkah paling penting dalam rejimen penjagaan wajah? Mulakan langkah ke arah kulit bebas jerawat sihat berseri dengan 3 langkah menggunakan rangkaian Eucerin ProACNE Solution ini.
Langkah Pertama:
Cuci muka menggunakan Eucerin ProACNE Solution Cleansing Gel yang mengandungi Salicylic Acid & 6% Amphoteric Surfactant.
Salicylic Acid bertindak mengeksfoliasi kulit wajah secara lembut dan mengurangkan bintik gelap dan mengelakkan jerawat dari muncul. 6% Amphoteric Surfactants pula, menyingkirkan sebum secara lembut dan melindungi lapisan pelindung kulit.
Eucerin ProACNE Solution Cleansing Gel dirumus dengan formula bebas buih. Ia sesuai untuk kulit kering sensitif serta cenderung berjerawat. Produk ini juga non-comedogenic, bebas pewangi, alkohol dan mempunyai tekstur gel ringan.
Langkah Kedua:
Aplikasikan Eucerin ProACNE Solution Triple Effect Serum. Kandungan Patented Thiamidol dan Salicylic Acid.
Kenapa perlu gunakan Triple Effect Serum ini? Dengan bahan Patented Thiamidol, 95% pengguna setuju bekas jerawat* yang muncul selepas jerawat sembuh berkurangan.
Salicylic Acid pula merupakan bahan penting untuk rangkaian ProACNE Solution dan dipersetujui oleh 96% penggunanya mampu mengurangkan jerawat*.
Serum ini juga dirumus dengan Sebum Regulation Technology yang menjadi teknologi terbaik dalam kelasnya untuk kawalan minyak.
Teksturnya ringan dan cepat meresap tanpa meninggalkan kesan berminyak atau melekit menjadikannya sesuai digunakan pada siang ataupun malam.
Produk ini terbukti dapat mengurangkan jerawat dan memudarkan bekas jerawat dari akar, hasilnya dapat dilihat dalam 2 minggu** bergantung kepada keadaan kulit.
Ia diformulasi dengan teknologi kawalan minyak eksklusif yang dapat membantu mengawal minyak dan memberikan kesan matte yang tahan lama pada wajah.
Langkah ketiga:
Bagi tujuan mengurangkan jerawat dan jerawat batu, gunakan Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment. Rawatan ini dirumus dengan Licochalcone A iaitu antioksidan berkuasa.
10% Hydroxy Complex pula adalah gabungan 3 asid pengelupasan (Glycolic Acid (AHA), Salicylic Acid (BHA) untuk menyingkirkan sel kulit mati dan Polyhydroxy Acid) yang mengeksfoliasi secara lembut dan melembapkan.
Stress dengan jerawat dan jerawat batu yang muncul kembali? Gunakan A.I Clearing Eucerin ProACNE Solution Treatment dengan AHA/BHA/PHA yang membantu menangani masalah ini. Selain itu, Licochalcone A pula membantu meredakan kulit yang iritasi.
Ia terbukti secara klinikal dapat membuka pori-pori tersumbat, membantu pembaharuan kulit, dan mengurangkan masalah jerawat dan jerawat batu. Hasilnya boleh dilihat dalam masa 7 hari!
Ramai dah cuba dan berpuas hati dengan hasilnya
Sejak trending di laman sosial, ramai yang dah cuba dan memberikan feedback positif mengenai Eucerin ProACNE Solution.
Influencer TikTok, Elyshia Abegail atau Abby turut mengajak mereka yang ingin memiliki kulit lebih cantik dan sihat untuk mencuba rangkaian Eucerin ProACNE Solution.
“Rangkaian ini diuji secara dermatologi dan menjadi jawapan untuk semua masalah jerawat, bekas jerawat dan mengelak ianya kembali!”- Abby.
Sementara itu, seorang lagi influencer Zi Xuen, turut berkongsi pengalamannya menggunakan rangkaian Eucerin ProACNE Solution.
“Saya dah cuba sendiri dan ianya berkesan! Terkejut betul dengan betapa efektifnya rangkaian produk skincare ini. Jangan tunggu lagi, korang pun kena cuba!,” kata Zi Xuen.
Nur Sabrina memuat naik video di Instagram dan berkongsi masalah wajahnya sebelum ini.
“Tak perlu risau lagi tentang jerawat dan bekas jerawat, bintik hitam dan bintik putih, sekarang tiada lagi. Saya lebih yakin dengan kulit saya,” Nur Sabrina.
Tidak ketinggalan selebriti Sabrina Mohd berkongsikan masalah jerawat dan bekas jerawat yang ketara sebelum menemui jawapan dengan Eucerin ProACNE Solution.
“Kalau korang ada kulit berminyak atau kulit senang berjerawat, cubalah (Eucerin ProACNE Solution). Ianya diuji secara dermatologi dan menjadi solusi semua dalam satu untuk jerawat dan bekas jerawat dan mengelak kembalinya jerawat dari akar,”- Sabrina Mohd.
Jangan lupa ke TikTok Eucerin Malaysia untuk tengok banyak lagi feedback mengenai rangkaian skincare ini. Dapatkan rangkaian Eucerin ProACNE Solution di laman sesawang Eucerin, Guardian, Watsons, Shopee dan Lazada untuk kulit sihat berseri bebas jerawat. Baca maklumat lanjut mengenai produk Eucerin di SINI.
*Kajian klinikal, 25 wanita & lelaki dengan umur 23-39 tahun, tempoh dari Disember 2022 hingga Februari 2023 oleh Dr. Tanongkiet Tienthavorn, Bangkok, Thailand.
**Bergantung keadaan kulit wajah.
¹ Zouboulis CC. Acne vulgaris. Hautarzt. 2014 Aug;65(8):733-47
² Kaufman et al., Postinflammatory Hyperpigmentation: Epidemiology, Clinical Presentation, Pathogenesis and Treatment, Am J Clin Dermatol (2018) 19:489-503
³ Abad-Casintahan F et al., Frequency and characteristics of acne-related post-inflammatory hyperpigmentation. J Dermatol. 2016 Jul;43(7):826-8