Isu gambar menyusu bayi yang dimuatnaik ke laman sosial baru- baru ini semakin panas apabila terkini, sebuah Facebook bernama Amran Fans telah menerima amaran daripada pihak Facebook.
Ini kerana ramai netizen mula melaporkan mengenai sebuah pos Amran mengenai perkara tersebut kerana disifatkan mereka sebagai menyebar aib kerana gambar tidak disensor terlebih dahulu.
Isu ini mula tercetus apabila ibu-ibu muda telah muatnaik gambar selfie mereka sedang menyusu badan anak ke laman sosial yang kita kena ketahui ia universal dan tiada tempat yang sebenarnya ‘private’ dan ramai yang berkongsikan gambar berkenaan.
Apa pun admin tidak mahu ulas panjang isu ini, jom kita baca apa pandangan atau nasihat dari seorang agamawan iaitu Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan.
Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.
Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?
Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.
Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung…
Ustaz: apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:
1. Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara
2. Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.
3. Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.
4. Mana2 wanita yg berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.
Soalan :apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?
Ustaz : jika memakai wangi wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menhampiri zina apatalagi Gambar Breast Feeding .. tidak kah akan ada eksploitasi
Dalil2 ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.
menjaga wanita dari di diskriminasi dan di Eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita
maka jangan la membuka ruang Di Eksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi
sayangi diri dengan sifat malu dalam diri.
Pada pendapat peribadi admin, umum mengetahui memang tiada tempat “private” untuk menyusukan anak, tetapi tak perlu rasanya untuk selfie dan upload di laman sosial..