Masih ingat dengan video tular dirakam oleh seorang doktor yang mendedahkan kecurangan suaminya bersama seorang staf pembantu perawatan kesihatan (PPK) sekitar Disember tahun lalu?
Rakaman tersebut menunjukkan doktor terbabit menerjah masuk rumahnya dan confront dengan suami serta PPK tersebut di mana ketika itu lelaki berkenaan terus melafazkan cerai terhadapnya.
Terbaru, tular perkongsian di Twitter tentang tindakan lelaki tersebut yang dikatakan seolah-olah sengaja mahu membalas dendam kepada bekas isterinya itu.
Berdasarkan hantaran itu, ia dikongsikan seorang wanita yang mengambil screenshot daripada saudara Dr Najihah (bekas isteri Hanaf*) yang menceritakan kronologi kejadian menimpanya.
Mahkamah syariah berat sebelah
Jelasnya, pihak mahkamah syariah seolah-olah tidak adil dan berat sebelah kerana lebih memihak kepada Hanaf*, bukan bekas isterinya.
Isu ini bermula daripada situasi Dr Najihah mahu menuntut hak penjagaan anak-anak. Satu hari, anak mereka menghidap HFMD dan positif Covid-19 ketika bapanya mahu datang melawat.
Namun, Dr Najihah tidak memberi kebenaran kerana anak tersebut dalam keadaan sakit dan perlu dikuarantin kerana boleh menjangkiti.
Putar belit cerita
Tetapi, Hanaf* ini sebaliknya memutar belitkan cerita dan membuat permohonan agar mahkamah syariah memasukkan bekas isterinya ke dalam penjara kerana ‘melanggar perintah mahkamah’ membabitkan hal melawat.
Bukan itu sahaja, hakim mahkamah juga didakwa menolak tepi alasan bahawa kanak-kanak itu sakit malah boleh bertanya kepada Hanaf* hukuman apa yang dia mahukan terhadap bekas isteri.
Long story short, Dr Najihah dikenakan hukuman penjara 30 hari namun difahamkan dia diberikan penangguhan selama 6 bulan hingga satu tahun.
Saudara Dr Najihah turut berkongsikan kronologi kejadian yang menimpanya itu pada 13 Oktober lepas.
Sambungan Kronologi pic.twitter.com/lvfEJYbNoY
— elisa bustaman (@elisataufik) October 17, 2022
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai warganet di Twitter dan rata-ratanya meluahkan rasa geram dan marah mereka terhadap lelaki tersebut.
Sesetengah turut mempersoal dan mengkritik Mahkamah Syariah yang didakwa berat sebelah dan tidak membela wanita berkenaan.
Malah, ada segelintir yang menceritakan pengalaman berurusan dengan Mahkamah Syariah sebelum ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.