Selepas obsesi dengan apa sahaja makanan yang mengandungi keju, kini viral pula satu lagi makanan kegemaran Malaysia iaitu satay dengan ‘pembaharuan’ terbaru.
Menerusi laman sosial Twitter, video satay yang dimakan dengan sos coklat mendapat kritikan daripada netizen.
Ramai yang rasa ‘terhina’ apabila makanan tradisini ini diinovasikan menjadi hidangan yang agak merepek dan pelik. Hilang sudah identiti makanan Melayu.
Inovasi satay cicah sos coklat
Inovasi mantop Satay Cicah Coklat #SatayCoklat #JomKita pic.twitter.com/Bojy9d3Ckg
— Jomkita ?? (@Jomkitamy) April 10, 2019
Terlampau ‘hipster’, hilang tradisi makanan Melayu
Kami tidak dapat bayangkan macam mana rasa satay coklat ini. Betul apa yang dikatakan oleh netizen, tidak perlu untuk mencipta sesuatu yang akhirnya akan merosakkan identiti serta tradisi makanan Melayu. Tidak mustahil generasi akan datang tidak akan tahu rasa sebenar makanan tersebut. Apa pendapat anda pula?
Aduka Al Mizan
April 16, 2019 at 4:42 am
Secara medis nya .. Amalan dan inovasi pemakanan masa kini amat lah tidak sihat … anda ada mendengar Chicken chop di Tabur dengan Milo … Benda berminyak bila di campur dengan item bersusu akan menyebabkan terbinanya Kolestrol yg menyempitkan saluran darah anda .. dan akhirnya merosakkan jantong anda.. Sekian