Viral Pukul Anak: Bapa Mangsa Mengaku Bersalah, Didenda RM 1,500, Sudah Bayar

Trending

Viral Pukul Anak: Bapa Mangsa Mengaku Bersalah, Didenda RM 1,500, Sudah Bayar

Semalam penulis telah mengongsi status viral mengenai seorang lelaki yang dikatakan oleh bekas isterinya telah memukul anak mereka sehingga terpaka dirawat di hospital selama lima hari.

untitled-1Menurut wanita itu, dia mengambil keputusan memviralkan kes itu kerana saranan rakan-rakan dan saudaranya setelah pegawai penyiasat kes anaknya bersikap ‘lepas tangan’ berhubung laporan polis yang telah dibuat oleh wanita itu yang menggunakan nama Hannah Azzara di Facebook.

Advertisement


Bagaimanapun Harian Metro melaporkan, lelaki yang mencederakan anaknya di Jalan Bunga Orkid, Majidee Baru di sini, baru-baru ini, didenda RM1,500 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata di Johor Bahru, hari ini, pihaknya menerima laporan mengenai kes itu daripada seorang wanita yang mendakwa anak lelakinya berusia tiga tahun dicederakan bekas suaminya.

Polis menerima laporan pada 8.41 malam, 28 Oktober lalu, dan kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Suspek, iaitu bekas suami wanita berusia 37 tahun itu, ditahan kira-kira 1 tengah hari, 31 Oktober lalu.

Hukuman berdasarkan akta berkenaan ialah denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Menurut Sulaiman, selepas siasatan, kes dirujuk kepada ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan pada 2 November.

Pada 3 November, lelaki itu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Sulaiman berkata, lelaki itu mengaku bersalah dan dia dijatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Lelaki berkenaan membayar denda itu.

Diminta mengulas mengenai dakwaan wanita itu bahawa polis lambat bertindak, Sulaiman berkata, pihak yang membuat laporan polis sepatutnya membuat semakan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan di laman sosial kerana mungkin bercanggah dengan fakta sebenar.


Hasil pemerhatian penulis, terdapat pihak yang mendakwa hanya keluarga pesalah dimaklumkan mengenai prosiding mahkamah dan hukuman tersebut. Setakat ni tidak dapat dipastikan mengapa Hannah Azzara mendakwa pegawai penyiasat yang mengambil kes anaknya bersikap ‘lepas tangan’ dan mengapa dia sebagai pihak yang membuat laporan polis tidak dimaklumkan mengenai perbicaraan tersebut.

Bagaimanapun, denda RM 1,500 itu bagi penulis, sangat tak berpatutan dengan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh anaknya. Apa pendapat anda?-amazingnara.com

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...