Viral Peserta Ratu Cantik ‘Republic Of Malaysia’, Penganjur Akhirnya Tampil Mohon Maaf

Trending

Viral Peserta Ratu Cantik ‘Republic Of Malaysia’, Penganjur Akhirnya Tampil Mohon Maaf

Baru-baru ini tular di media sosial, video salah seorang peserta Malaysia dalam Miss Crystal Angel International yang memperkenalkan diri dari ‘Republic of Malaysia’. Ramai netizen yang memberi kecaman kerana ianya seolah olah mempermainkan martabat negara. Republik bermaksud pemerintahan yang di ketuai Presiden sebagai Ketua Negara, tidak ada Raja, tidak ada Sistem Monarki.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia tidak mengamalkan sistem pemerintahan di bawah negara ‘republik’. Macam yang semua tahu, Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Advertisement

“Sejak bila pula ada Republic of Malaysia?”

Video yang tular ini menunjukkan peserta berusia 22 tahun ini memperkenalkan dirinya yang mewakili ‘Republic of Malaysia’. Isu ini juga menjadi perbualan hangat di media sosial dan menarik perhatian Saiful Bukhari Azlan yang mengharapkan penganjur diberikan tindakan tegas.

Peserta yang mewakili Malaysia ini wajar di lucut kerakyatan kerana secara terang-terangan sebut mewakili Republic of Malaysia (lihat video). Sistem dan nama negara sendiri pun tak tahu??? Memalukan!! Ke sengaja buat provokasi??

Bukan sahaja itu, malah pakaian batik yang dipakai oleh peserta ini juga bukanlah batik Malaysia tetapi adalah batik Indonesia. Ramai yang mempertikaikan sikap penganjur dan peserta yang seolah olah tidak membuat kajian terlebih dahulu.

peserta malaysia

Penganjur mohon maaf

Susulan insiden itu, penganjur Miss Crystal Angel International tampil memberikan permohonan maaf di laman Facebook mereka. Menurut penganjur, kesilapan ini bukanlah daripada peserta Malaysia tetapi salah penganjur sendiri.

This mistake did not come from Malaysian participants but it is from our side.

Selain permohonan maaf itu, penganjur turut memaklumkan mereka telah menukar nama ‘Republic of Malaysia’ kepada Borneo selepas perbincangan dilakukan. Menurut Saiful, walaupun penganjur sudah meminta maaf, isu ini patut dipandang serius oleh semua pihak.

Walau penganjur baru mohon maaf, Kerajaan, melalui Wisma Putra wajar ambil tindakan, beri nota bantahan pada negara penganjur iaitu Myanmar. Ini bukan kesilapan kecil, ia soal maruah, dan Kedaulatan Negara!

Ramai netizen yang tidak dapat menyembunyikan rasa marah mereka kerana sikap penganjur yang sambil lewa dalam menganjurkan pertandingan. Selain itu, ada yang tidak berpuas hati dengan penukaran nama ‘Borneo’ kerana Borneo bukanlah sebuah negara seperti yang didakwa oleh penganjur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...