Hari ini ada satu lagi video viral sehingga menaikkan kemarahan netizen bila ada peniaga warga Rohingya menjual air kelapa pada harga RM5 secawan di persimpangan Sierra 16,Puchong. Secawan tau gais, bukannya sebijik!
Kemarahan netizen bertambah lagi bila tempat penyediaan air kelapa itu kotor yang hanya dilakukan di atas jalan beralaskan plastik.
Tapi sebelum kita marah, mereka sebenarnya dikatakan hanya bekerja dengan seorang peniaga warga tempatan.
Netizen bagaimanapun berjaya mendapat nombor telefon yang dipercayai milik pengusaha mangga asam boi. Tetapi, pengusaha berkenaan menafikan warga Rohingya itu pekerja mereka dan menyatakan tidak terlibat dengan penjualan air kelapa terbabit.
“Assalamualaikum, saya pemilik Mangga Asam Boi Honeyy ingin membuat kenyataan rasmi berkenaan isu viral penjualan air kelapa oleh Warganegara Myanmar (Rohingya) pada hari ini (Isnin). Di sini saya menafikan sekerasnya berkenaan penglibatan saya terhadap isu viral ini”.
“Untuk makluman saya hanya menjual Mangga Asam Boi di Seri Kembangan Selangor”. – Kata pengusaha Noormahani Mohd Radzi di Facebooknya.
Korang boleh tengok video menunjukkan pengusaha Asam Boi serang peniaga warga Rohingya tu dekat sini Anwar Syafiq.