Viral Pekerja Kaunter Kononnya “Bentak” & Berkasar, JKM Tampil Beri Penjelasan

Trending

Viral Pekerja Kaunter Kononnya “Bentak” & Berkasar, JKM Tampil Beri Penjelasan

2

Umum mengetahui sekeping gambar tersebar baru-baru ini yang mendakwa seorang pekerja kaunter di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dikatakan bercakap kasar seolah-olah banyak kerja dengan seorang pembekal.

Menurut  pengadu yang dikenali sebagai Roslinda itu, dia dikatakan hendak berjumpa dengan bos besar JKM, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila menerima layanan sedemikian dan pekerja berkenaan baring (letak kepala atas meja) selama 10 minit dan baru hubungi bos selepas itu.

Advertisement

3

Akibat penyebaran gambar ini, pihak JKM melalui laman Facebooknya telah tampil menjawab perkara berkenaan.

Menurut JKM, kakitangan yang gambarnya disebarkan itu merupakan seorang pekerja OKU fizikal dan merupakan pekerja sementara yang menerima latihan sebagai perantis.

Kakitangan tersebut juga dikatakan tidak sihat sehingga beliau berasa tidak selesa. Walaubagaimanapun, kakitangan tersebut juga telah dinasihati agar perkara seperti itu tidak berulang lagi.

4

Diharapkan dengan penjelasan ini, semua pihak dapat memahami situasi pekerja berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...