Viral Maybank Minta Pengguna Tukar Kad Debit Adalah Palsu

Trending

Viral Maybank Minta Pengguna Tukar Kad Debit Adalah Palsu

Tadi aku pergi Maybank untuk urusan bank-in duit. Kebetulan itu, aku tanyalah di kaunter aku berurusan itu.

“Kad ni kena tukarkah?”

Sambil aku menunjukkan kad debit baru aku.
kaddebit
Kad aku tu perbaharu hujung tahun lepas dari kad asalnya debit jugak yang dah luput. Ada fungsi Debit dan Visa PayWave. Warna perak. Dia pun jawab:

“Boleh…”.



Jadi aku pun minta tukarlah. Dia suruh aku duduk tunggu dahulu. Tak lama lepas itu ada suara panggil nama aku. Rupanya dia hantar ke kaunter lain. Aku pergi ke kaunter itu dan dia minta aku tandatangan borang. Masa dia bagi kad itu pada aku, dia tanya:

“Kenapa nak tukar sedangkan kad encik lambat lagi luput?. Rugi saja. Kalau encik tukar kali pertama memang tak kena caj. Tapi encik dah tukar baru dan tarikh luput kad ini 2022. Seandainya kad ini rosak sebelum 2022. Encik akan dikenakan caj untuk buat kad baru”.

Advertisement

Aku pun mula bersoal jawab dengan dia untuk dapat kepastian isu sebenarnya yang orang asyik viral tu. Dan akhirnya aku pun faham jugalah serba sedikit apa yang sepatutnya.

Kad baru aku ini sama saja ngan kad lama aku. Bezanya ada perkataan ‘MyDebit’ saja pun. Siapa-siapa yang kad dia warna kuning, memang dah boleh tukar baru. Tapi tak pasti kena caj atau tak. Siapa-siapa yang dah ada debit kad, tak payah tukar selagi tak rosak dan selagi pihak Maybank tak suruh.

Kad baru yang ada fungsi PIN tu hanya akan mula digunakan 2018. Jadi ada panjang lagi tempoh. Tak payahlah kalut pergi tukar. Staf bank pun dah naik pening melayan pelanggan yang tiba-tiba mendadak.

13699969_1632763833708483_7436128723376840641_n

Mereka pun pelik siapalah yang rajin mengarang artikel karut itu. Pihak Maybank sendiri pun tidak keluarkan kenyataan macam itu. Mereka memandai sendiri edit kenyataan dari Maybank yang sebenarnya minta pihak peniaga tukar Terminal Kad yang mereka guna sekarang. Benda mudah saja pun. Saja pergi bagi susah.

Sumber: Zamri Kecik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...