Viral Kes Pisang Goreng Campur Kapur Siling, KKM Arah Kilang Ini Tarik Balik Tepung.

Trending

Viral Kes Pisang Goreng Campur Kapur Siling, KKM Arah Kilang Ini Tarik Balik Tepung.

Kes tular pisang goreng yang didakwa dicampur kapur siling oleh seorang peniaga di Puchong berpunca daripada kesilapan kilang berkenaan, yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kilang terbabit tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup yang digunakan pemiaga tersebut berdasarkan dari hasil siasatan yang dilakukan.

“Berhubung perkara ini, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan siasatan ke atas premis yang menjual pisang goreng tersebut.

“Oleh kerana beroperasi tanpa lesen, Pihak berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil tindakan ke atas premis tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, tepung rangup tersebut dibekalkan oleh sebuah kilang di Kuala Lumpur dan didapati pihak kilang tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup berkenaan.

“Dalam hal ini, KKM telah mengarahkan pihak kilang untuk menarik balik kesemua tepung yang telah dibungkus dengan kertas pembungkus kapur siling dari pasaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...