Kes tular pisang goreng yang didakwa dicampur kapur siling oleh seorang peniaga di Puchong berpunca daripada kesilapan kilang berkenaan, yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kilang terbabit tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup yang digunakan pemiaga tersebut berdasarkan dari hasil siasatan yang dilakukan.
“Berhubung perkara ini, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan siasatan ke atas premis yang menjual pisang goreng tersebut.
“Oleh kerana beroperasi tanpa lesen, Pihak berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil tindakan ke atas premis tersebut.
Tambah kenyataan itu lagi, tepung rangup tersebut dibekalkan oleh sebuah kilang di Kuala Lumpur dan didapati pihak kilang tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup berkenaan.
“Dalam hal ini, KKM telah mengarahkan pihak kilang untuk menarik balik kesemua tepung yang telah dibungkus dengan kertas pembungkus kapur siling dari pasaran,” katanya dalam satu kenyataan.
Sumber : Awani