Viral Kerana Bermain Dengan Ular Tedung Ketika Majlis Perkahwinan

Trending

Viral Kerana Bermain Dengan Ular Tedung Ketika Majlis Perkahwinan

“Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi melakukannya kerana minat”, itu lah apa yang dikatakan oleh Norosemieza Mustafa, 20, yang videonya bermain dengan ular tedung selar ketika majlis perkahwinannya viral di kebanyakan laman sosial.

Advertisement

Video perkahwinannya yang berlangsung di Kuala Krai, Kelantan itu mendapat kacaman yang hebat dari ramai netizen kerana dikatakan tidak sayang akan nyawa meskipun hari itu merupakan yang bahagia bagi dia dan pasangannya.

Norosemieza yang berbaju pengantin biru di dalam video berdurasi selama 5 minit itu, bermain dengan ular tedung selar yang nampak sungguh agresif dan kelihatan seperti tidak tunduk akan tuannya itu.

Menurut beliau, ular tedung selar sepanjang 3 meter itu baru sahaja ditangkap sehari sebelum majlis perkahwinannya berlangsung.

Ular itu tidak jinak kerana baru ditangkap. Ramai cakap bahaya tetapi kami sudah sediakan penawarnya jika ada apa-apa berlaku

Menurut beliau lagi, dia mula meminati binatang reptilia itu sejak berusia 8 tahun lagi. Dia juga pernah dipatuk ketika berusia 15 tahun, namun insiden itu tidak pernah mematahkan minatnya untuk terus memelihara binatang berbisa itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...