May 28th, 2017

Sekiranya anda melakukan pencarian “kayu paling popular” di Google, sudah pasti anda akan terkejut apabila gambar kacak Fattah Amin yang keluar sebagai hasil pencarian. Ini semua gara-gara ucapan “kayu pun boleh popular” pelakon Hero Seorang Cinderella itu ketika memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH3.0  baru-baru ini.

kayu paling popular

Secara jujurnya Abang Nara merasakan viral “kayu paling popular” ini sangat kelakar. Dan ternyata Fattah Amin pun merasakan perkara yang sama. Kata Fattah Amin:-

Saya ada cakap kayu pun boleh popular ketika menerima trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini. Agaknya ada penonton salah faham dan menjadikan perkara itu serius. Saya langsung tidak berasa terkilan malah tergelak besar apabila pencarian itu menjadi tular di media sosial.

kayu paling popular

Tak semua benda kita perlu pandang serius. Mana yang boleh gelak, kita gelak bersama. Kalau benda tak penting seperti “kayu paling popular” ini pun sampai stress memikirkannya, baiklah tak payah jadi artis. Respek kepada Fattah Amin yang go with the flow. Apa apa pun, Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Fattah atas kejayaannya di ABPBH3.0 baru-baru ini. Kagum dengan perjalanan karier Fattah dan ketelitiannya mencipta populariti. Semoga terus berjaya di masa hadapan.


Comments are closed.

Loading...