Viral Isu Waris Bawah 18 Tahun Tiada Hak Tuntut Wang Caruman, KWSP Tampil Nafi Dakwaan.

Trending

Viral Isu Waris Bawah 18 Tahun Tiada Hak Tuntut Wang Caruman, KWSP Tampil Nafi Dakwaan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan dakwaan yang tersebar luas di media sosial, kononnya penama ahli pencarum di bawah umur 18 tahun tidak layak menuntut simpanan.

Advertisement

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP menjelaskan, hak anak ahli pencarum beragama Islam masih terpelihara apabila berlaku kematian, sama ada mereka dinamakan sebagai penama atau sebaliknya.

Katanya, penama hanya dilantik sebagai wasi atau pentadbir yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan ahli KWSP berstatus harta pusaka mengikut faraid apabila berlaku kematian ahli beragama Islam.

“Mengikut undang-undang, penamaan tidak akan berkuat kuasa sekiranya ketika kematian ahli, penama belum mencapai umur 18 tahun kerana tidak layak bertindak sebagai wasi.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna anak ahli di bawah umur 18 tahun yang didaftarkan sebagai penama tidak mendapat haknya ke atas simpanan ahli.

“Pembayaran simpanan ahli yang meninggal dunia akan diproses seperti tiada penamaan, iaitu mengikut pembahagian sijil faraid, perintah pembahagian atau surat kuasa mentadbir.

“Ia dilaksanakan berdasarkan mana-mana yang dikemukakan dulu kepada KWSP,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Baru-baru ini, satu perkongsian tersebar luas menerusi aplikasi WhatsApp mengenai kanak-kanak di bawah usia 18 tahun yang didaftar sebagai penama caruman KWSP tidak berhak menuntut wang simpanan.

Antara dakwaan lain adalah wang pendeposit yang tidak dituntut dalam tempoh setahun akan terus disalurkan ke Amanah Raya Berhad (ARB), seolah-olah menafikan hak anak atau penama berusia 18 tahun ke bawah sebagai pewaris.

KWSP menjelaskan, isu pembahagian simpanan ahli yang meninggal dunia membabitkan penama atau waris bawah umur 18 tahun kepada ARB secara automatik adalah tidak benar.

“Bagi ahli bukan beragama Islam pula, penama adalah penerima mutlak tidak kira umur,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, katanya, pencarum boleh melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-89226000.

Sumber : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...