VIRAL! Gadis Cun Didakwa Curi Lebih 13 Pasang Kasut Vans, Komplot Dengan Kakak & ‘Boyfriend’

Trending

VIRAL! Gadis Cun Didakwa Curi Lebih 13 Pasang Kasut Vans, Komplot Dengan Kakak & ‘Boyfriend’

Baru-baru ini, tular di aplikasi Twitter tentang seorang gadis yang juga merupakan bekas staf Vans didakwa kantoi mencuri lebih 13 pasang kasut, baju, seluar dan cermin mata dari kedai itu.

Menerusi satu hantaran dimuat naik seorang individu di Twitter, gadis itu dikatakan telah menghilangkan diri selepas dirinya kantoi membuat ‘kerja’ terbabit.

Advertisement

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut bersama teman lelakinya pada bulan Jun, sebelum dia berhenti kerja pada bulan Julai yang lepas.

Pakwe dia tolong bawak keluarkan kasut berlakon macam customer yang beli tapi tak bayar.”

Malah, kata individu itu kakaknya juga turut berkomplot dengan gadis tersebut dan turut ‘rembat’ sepasang kasut serta 1 cermin mata menggunakan modus operandi yang sama dengan menyamar sebagai pelanggan.

Tindakannya diketahui selepas gadis berkenaan memuat naik satu video di TikTok menunjukkan dia memakai kasut yang dicurinya itu.

Dari video ni lah kantoi, sebab kasut yang dia pakai tu kat dalam sistem ada lagi tapi dalam stor takde dah size 7.”

Difahamkan, abang gadis itu telah pun menghubungi pengurus kedai berkenaan dan memberitahu dia akan membawa adiknya ke balai polis.

Bagaimanapun, lelaki itu turut memarahi pihak yang memuat naik gambar adiknya dan keluarga sehingga menjadi tular di media sosial.

Jelas individu yang memuat naik hantaran tersebut, jika tidak kerana adiknya menghilangkan diri dan enggan mengaku, kes ini tidak akan menjadi tular seperti sekarang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dituduh curi pokok
4 bulan lalu

"Woii Ni Mak Aku.." - Ibu Dituduh Curi Pokok Di Pameran Floria Putrajaya, Anak Tampil Beri Penjelasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini