Tersebar dua keping gambar dan viral di laman sosial yang mendakwa sebuah gerai di bazar Ramadan Kampung Guntong, Setiu Terengganu dikatakan menjual makanan eksotik tanpa menyatakan haiwan apa yang dijualnya.
Kerana bentuk haiwan tersebut, ramai netizen sudah salah faham. Ada yang mengatakan ia anak kambing, ada yang menurunkan komen dengan marah menyatakan ianya adalah kucing dan bahkan ada yang sanggup menyatakan ianya adalah anjing.
Selain itu ada netizen turut menyatakan gambar itu adalah gambar diluar negara, namun segala persoalan terjawab selepas pemilik gerai tampil memberikan penjelasan.
“Jangan kecam saya, saya jual arnab jer , makanan halal , bukan makanan haram nak jual ikut suka,” tulisnya di laman Facebook.
Sebelum gambar itu menjadi viral, dia telah memuatnaik gambar tentang arnab bakar itu di laman Facebooknya.
Ada netizen bertanyakan kenapa arnab berkenaan dijual sekali dengan kepala.
Beliau menyatakan kepala arnab ada peminatnya sendiri, macam kepada lembu, ada yang peminatnya sendiri, mereka akan makan otak dan lidah lembu.
Jadi segala persoalannya sudah terjawab, makanan halal tu, tak payah samakan dengan makanan yang tidak halal yang lain.
Kredit : Mohd Ebbie Shafiran