(VIRAL) “Dihalang Naik Pesawat, Tapi Allah Panggil Juga” – Kisah Perjalanan Tunai Haji Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh

Dunia

(VIRAL) “Dihalang Naik Pesawat, Tapi Allah Panggil Juga” – Kisah Perjalanan Tunai Haji Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh

Seorang lelaki dari Libya, Amer Al Mahdi Mansour Al Gaddafi, menjadi tumpuan apabila hampir terlepas peluang menunaikan ibadah Haji selepas ditahan di lapangan terbang atas isu keselamatan, lapor Gulf News.

Memetik laporan Gulf News, insiden bermula apabila Amer ditahan di kaunter imigresen selepas sistem keselamatan mengeluarkan amaran disebabkan nama “Al Gaddafi”.

Advertisement

Semasa isu keselamatan masih dalam proses penyelesaian, jemaah Haji lain telah menaiki pesawat ke Mekah. Namun, walaupun masalah itu selesai, juruterbang tetap enggan membuka pintu dan memilih untuk berlepas tanpa Amer.

Namun, Amer yang telah menetapkan niatnya untuk menunaikan Rukun Islam Kelima tidak berputus asa dan terus menunggu di lapangan terbang.

Saya berniat untuk menunaikan Haji, dan insya-Allah, saya akan pergi.

Beberapa ketika selepas pesawat berlepas, ia mengalami gangguan teknikal dan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang.

Selepas menjalani pembaikan ringkas, cubaan kedua untuk berlepas turut gagal kerana masalah teknikal, memaksa pesawat mendarat semula.

Melihat keadaan itu, juruterbang membuat keputusan tegas untuk tidak meneruskan penerbangan kecuali Amer dibenarkan menaiki pesawat.

Saya bersumpah tidak akan terbang semula melainkan Amer turut serta bersama kami di dalam pesawat ini.

Akhirnya, Amer dibenarkan menaiki pesawat yang berjaya berlepas pada cubaan ketiga. Bagi Amer, pengalaman itu adalah ujian keimanan buat dirinya.

“Saya hanya mahu menunaikan Haji. Saya percaya, jika ia sudah tertulis untuk saya, tiada apa yang dapat menghalangnya,” katanya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 day ago

Kecoh! Tular Kisah 'Abang Santan' Curang Ketika Bini Dalam Pantang - "Kali Ini 'Taste' Janda 'Vintage' Pula"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gulf News

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...