Viral Budak Lelaki Berdiri Belakang Bapanya Yang Tunggang Motosikal, Undang Pelbagai Reaksi Netizen.

Trending

Viral Budak Lelaki Berdiri Belakang Bapanya Yang Tunggang Motosikal, Undang Pelbagai Reaksi Netizen.

Gambar seorang kanak-kanak lelaki berdiri di belakang bapanya yang menunggang motosikal viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen.

Advertisement

Tindakan si bapa yang membiarkan anaknya berdiri sambil ditahan dengan tangan sebelah kiri itu amat berbahaya dan jika berlaku kejadian yang tidak diingini, boleh meragut nyawa ketiga-tiga anak beranak itu.

Terdapat pelbagai kesalahan yang dilakukan. Antaranya:

1. Helmet hitam yang digunakan kanak-kanak itu tidak menepati ciri-ciri keselamatan.
2. Pembonceng berdiri semasa motosikal sedang bergerak.
3. Penunggang dan pembonceng tidak memakai kasut.
4. Si bapa menunggang motosikal dengan sebelah tangan.

Empat kesalahan yang dilakukan itu jelas sekali si bapa mengabaikan aspek keselamatan diri dan dua anak kecilnya itu.

Biar apa pun alasan yang diberikan, keselamatan diri dan pembonceng perlu diutamakan. Biar anak menangis, jangan ibu bapa yang menangis bila anak sudah tiada.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...