Sebelum ini, tular tentang seorang pempengaruh yang meraih perhatian kerana berkahwin kali ketiga selepas bercerai pada tahun lalu.
Malah, kisah perceraiannya juga pernah menjadi bualan hangat kerana bekas suaminya menjatuhkan talak kepadanya ketika mereka baru bernikah pada 8 hari sebelumnya.
Kahwin bagi Merc tapi banyak hutang?
Baru-baru ini, pempengaruh yang sama mendapat perhatian sekali lagi selepas mendirikan rumah tangga dan menerima mas kahwin berupa kereta mewah jenis Mercedes.
Tidak sampai sebulan berkahwin, muncul cerita kurang enak tentang suaminya itu kerana ramai dilihat meluahkan tentang pengalaman kena scam dengan lelaki tersebut.
Menurut hantaran seorang individu, hutang tersebut berkaitan sebuah acara hiburan yang difahamkan tidak berlangsung seperti yang dihebahkan.
Bukan itu sahaja, usahanya untuk menuntut kembali wangnya tidak berhasil apabila pempengaruh tersebut dan suaminya (ketika itu teman lelaki) tidak membalas mesejnya.
Rupanya ramai mangsa?
Mengejutkan, perkongsian individu terbabit telah membongkarkan bahawa ramai lagi yang mengalami pengalaman yang sama sepertinya.
Mereka juga menceritakan pengalaman masing-masing yang sudah mengeluarkan wang untuk acara terbabit namun ia tidak berlangsung dan duit pula tidak dikembalikan.
Dia tak background check ke?
Dakwaan terhadap suaminya itu tidak semena-mena turut mencalitkan nama pempengaruh berkenaan apabila ramai mempersoal tindakannya.
Warganet tertanya jika wanita itu ada membuat background check terhadap lelaki berkenaan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.