Apakah hari paling penting bagi rakyat Malaysia di bulan ini? Hari Kemerdekaan.
Namun tahun ini, di sebalik sambutan yang penuh semangat perpaduan, tajuk-tajuk berita yang terpapar di kaca media sosial amatlah membimbangkan, bendera Jalur Gemilang yang terbalik dan kontroversi mengenai lagu kebangsaan kita, Negaraku. Insiden-insiden ini telah menyebabkan para netizen tertanya-tanya adakah kita benar-benar menghayati semangat kemerdekaan.
Video Tular Pemangkin Semangat Baharu
Dalam segala kekecohan yang telah berlaku itu, satu video telah ‘viral’ atas sebab-sebab yang menarik perhatian netizen, menampilkan dua pasangan berbeza bangsa yang berkongsi perjalanan cinta dan kehidupan mereka bersama. Segala gelak tawa, cabaran, dan refleksi jujur, mereka mendedahkan erti sebenar dalam mencintai budaya yang berbeza di Malaysia. Diinspirasikan oleh pengalaman sebenar rakyat Malaysia dalam perhubungan antara kaum, video ini menyentuh hati ramai penonton.
Kisah mereka masih mentah tetapi amat mengharukan, dari pasangan muda India-Cina yang berjiwa dunia moden, sehingga ke pasangan Cina-Melayu ‘otai’ yang merenung 36 tahun perkahwinan yang dibina atas kompromi, kesabaran, dan ketabahan. Apa yang menonjol bukan sahaja cabaran, malahan kegembiraan, humor, dan keberanian yang diperlukan untuk membina kehidupan bersama. Dengan pelbagai cara yang mereka lakukan, kisah-kisah mereka mencerminkan erti sebenar Merdeka: kebebasan untuk hidup, untuk mencintai, dan untuk memilih perpaduan mengatasi perpecahan.
Video ini dihasilkan oleh GamBit Group sebagai sebahagian daripada kempen Merdeka mereka, Legacy of Love. Walaupun syarikat ini terkenal dengan perancangan legasi, kempen ini berfungsi sebagai peringatan bahawa legasi bukan sahaja tentang aset tetapi ia juga tentang nilai-nilai yang kita tinggalkan: kesabaran, empati, dan keberanian untuk mencintai melangkaui bangsa dan budaya.
Perpaduan Hidup dalam Pilihan Harian
Perkongsian mereka juga merupakan peringatan bahawa perpaduan tidak dibina oleh dasar semata-mata. Ya, undang-undang, kepimpinan, ekonomi, dan pendidikan semuanya memainkan peranan penting, akan tetapi ia hanyalah sebahagian daripada semua itu. Keharmonian yang sebenar dicipta dalam segala pilihan yang kita lakukan setiap hari, walaupun dalam detik-detik lain sebesar zarah.
Segalanya bermula dengan perkataan yang kita pilih tatkala berhubung dengan antara satu sama lain, sama ada kita meningkatkan atau merendah-rendah semangat perpaduan. Semuanya terletak pada cara kita melayan pasangan yang tidak sesuai dengan “norma”, bersikap empati dan tidak berprasangka. Semuanya terletak pada pelajaran yang kita semaikan kepada anak-anak kita iaitu mengajar mereka untuk menilai seseorang tanya mengira bangsa, untuk menghormati keunikan masing-masing dan menghargai kebaikan bersama.
Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke-68 tahun ini, apa yang kita perlukan bukan sahaja bendera atau lagu kebangsaan tetapi kisah-kisah yang mengingatkan sesama kita tentang kemanusiaan dan perpaduan. Jika cinta boleh menjangkau budaya dan agama, maka perpaduan mampu mengelakkan berlakunya perpecahan.
Merdeka tahun ini, marilah kita beringat: setiap toleransi, setiap pilihan cinta, adalah sebahagian daripada legasi yang kita tinggalkan untuk generasi rakyat Malaysia seterusnya.
Tonton video penuh di sini:
Penafian: Artikel ini bertujuan semata-mata untuk perbincangan dan refleksi. Ia tidak mempunyai niat untuk mencetuskan konflik, tidak menghormati mana-mana individu, komuniti, atau institusi, atau mewujudkan perpecahan. Pandangan yang dinyatakan bertujuan untuk menggalakkan dialog yang membina dan perpaduan yang lebih besar di kalangan rakyat Malaysia.