Viral Anggota Tak Pakai Mask, Ini Penjelasan Ketua JSPT Kuala Lumpur

Trending

Viral Anggota Tak Pakai Mask, Ini Penjelasan Ketua JSPT Kuala Lumpur

Tular baru-baru ini di laman media sosial apabila seorang pengguna laman sosial Twitter yang menyiarkan gambar seorang polis trafik yang dikatakan tidak mengenakan pelitup muka ketika menjalankan tugas di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Petikan itu memaparkan rasa ketidakpuashatian seorang remaja kepada anggota trafik itu yang tidak memakai pelitup muka ketika sedang berada dalam kawasan yang ramai orang.

Advertisement

Memetik petikan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian tular ini berlaku ketika anggota terbabit sedang bertugas mengawal lalu lintas di kawasasn pasar malam sekitar jalan berkenaan dan Lorong Tunku Abdul Rahman 7 bermula jam 1 petang hingga 10 malam pada rabu lalu.

“Anggota itu baru sahaja selesai berbuka puasa bersama lima lagi rakannya di bawah khemah di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/ Jalan Esfahan berhampiran pusat membeli belah jam 8 malam.

Usai berbuka puasa, anggota berkenaan terus menuju ke motosikal untuk meneruskan tugasan. Gambar tersebut dipercayai diambil sebelum anggota itu memakai pelitup muka dan topi keledar.”

Berikutan kejadian tular itu, anggota berkenaan terus membuat laporan polis berkenaan penularan gambar oleh individu tersebut kerana cuba untuk menjatuhkan maruah anggota tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...