“VIP Tiket Pun Tak Serapat Ni” – Ramai ‘Jealous’ Tengok Pemuda Ini Dapat Bergambar Dengan Billie Eilish

Kehidupan

“VIP Tiket Pun Tak Serapat Ni” – Ramai ‘Jealous’ Tengok Pemuda Ini Dapat Bergambar Dengan Billie Eilish

Baru-baru ini, viral di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Kyll Lee memaparkan penyanyi antarabangsa terkenal, Billie Eilish.

Menerusi video tersebut, Billie atau nama sebenarnya Billie Eilish Pirate Baird O’Connell dilihat bersama abangnya yang juga merupakan penyanyi, Finneas O’Connell sedang bermain Go Cart di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah pemilik video itu turut dilihat berkesempatan untuk berjumpa dan bergambar dengan Billie Eilish.

Billie Eilish bayar main drift kart dekat tempat kerja aku.

Difahamkan, pemuda yang bertuah itu rupa-rupanya bekerja di tempat berkenaan dan secara tidak langsung berpeluang menghampiri penyanyi itu setelah dia selesai bermain Go Cart.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat turut cemburu dengan lelaki itu kerana menganggap dia cukup bertuah dapat bertemu dan bergambar bersebelahan dengan Billie Eilish tanpa perlu membeli tiket ke konsert.

Kalah la yang beli ticket konsert dia – Netizen.

Vip tiket pun tak serapat macam ni, mantul kau bang hahaha,” tulis seorang peminat.

Untung nya abang dapat bergambar dengan dia… yang pergi concert bukan dapat pun bergambar macam abang,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Pergh Beria...Demi Artis" - Peminat Billie Eilish Beratur Seawal 8 Pagi, Netizen Pesan 'Jangan Lupa Solat'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...