Vietnam telah melancarkan sebuah aplikasinya sendiri versi Facebook sehingga mendapat permintaan ramai dari rakyatnya sendiri.
Aplikasi yang diberi nama Gapo telah dilancarkan sejak hari Isnin lalu dan menjadikan ia sebuah laman sosial terbaru di Vietnam dan mensasarkan lebih dari 20 juta pengguna menjelang tahun 2021.
Tetapi, aplikasi ini dikatakan telah mengalami masalah teknikal ekoran terlalu ramai pengguna cuba mendaftar akaun Gapo.
Bukan itu sahaja, ada juga dikalangan pengguna yang disekat pendaftaran mereka dan ramai yang gagal menggunakan aplikasi ini.
Menurut pengasas bersama Gapo, Duong Vi Khoa berkata Gapo tidak mempunyai niat untuk bersaing dengan mana-mana media sosial sebaliknya hanya untuk menggalakkan penduduk mereka untuk bersosial menggunakan laman sosial sendiri.
Hebatlah Vietnam dah ada media sosial sendiri, Malaysia bila?
Sumber: Channel News Asia