Vietnam Gantung Operasi Mencari Kerana Kekurangan Maklumat Dari Malaysia

Trending

Vietnam Gantung Operasi Mencari Kerana Kekurangan Maklumat Dari Malaysia

Vietnam telah menggantung operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di udara sementara menunggu Malaysia untuk menjelaskan hala tuju baru dalam pencarian pesawat yang hilang secara tiba-tiba pada Sabtu lepas.

Advertisement

Selain itu, menurut laporan AFP, operasi pencarian di laut turut dikecilkan skalanya.

“Kami telah membuat keputusan untuk menggantung sementara beberapa aktiviti mencari dan menyelamat, sementara menunggu maklumat daripada Malaysia,” kata laporan itu memetik kata-kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu sambil menambah bahawa bot masih mencari kawasan pearairan negara itu, tetapi pada skala yang lebih kecil.

Malaysia telah memperluaskan pencarian untuk pesawat yang hilang itu ke Laut Andaman, ratusan kilometer ke arah barat laut dari radius pencarian semula.

Sebelum ini akhbar Berita Harian melaporkan bahawa pencarian digerakkan ke kawasan perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Perak, susulan ada isyarat yang diterima oleh Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth.

Namun, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan itu sambil berkata akhbar tersebut tersalah lapor.

“Kami sudah bertanya kepada pihak berkuasa Malaysia dua kali, tetapi sehingga sekarang mereka tidak memberi jawapan kepada kami,” kata Pham Quy Tieu apabila ditanya tentang laporan tersebut.

Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dari 14 negara termasuk Malaysia, masih tidak lagi diketahui.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira 1.40 pagi sabtu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...