Saat ini, tiada apa yang lebih bermakna dan menggembirakan selain mendapat berita negara kita diisytiharkan bebas wabak COVID-19. Antara “kebebasan” yang dinantikan ramai agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Baru-baru ini, penduduk Vietnam dapat merasai “kebebasan” tersebut selepas pihak kerajaan memutuskan untuk menamatkan ‘social distancing’ selepas tiada rekod baru positif COVID-19 dicatatkan dalam masa 8 hari berturut-turut sejak 15 April 2020.
Kini warga Ho Chi Minh dan Hanoi, sudah mula dapat keluar rumah hasil daripada displin rakyatnya yang begitu patuh dengan setiap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan mereka untuk mengawal penularan wabak pandemik tersebut.
Setakat ini, restoran dan pusat perniagaan di kedua-dua kota tersebut sudah kembali beropersi termasuklah juga perkhidmatan pengangkutan awam.
Namun, mereka harus tetap mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Perhimpunan ramai dan penganjuran festival tidak dibenarkan sama sekali.
Harapnya rakyat Malaysia juga terus mengikuti arahan sepanjang tempoh PKP 3 ini. Kalau tiada urusan penting, duduk rumah sahaja agar kita dapat segera memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.