Vie Shantie Khan Ke Janda Baik Tanpa Surat Rentas Negeri?

Hiburan

Vie Shantie Khan Ke Janda Baik Tanpa Surat Rentas Negeri?

Selebriti media sosial, Vie Shantie Khan mengundang persoalan orang ramai apabila memuat naik beberapa keping foto sedang beriadah di Janda Baik bersama keluarga.

Eizlan Yusof Vie Shanti
3 years ago

Demi Anak-Anak, Datuk Eizlan Yusof Dan Bekas Isteri, Vie Shanti Khan Masih Kekal Hubungan Baik

Advertisement

Orang ramai mempertikaikan bagaimana selebriti media sosial ini merentas negeri untuk tujuan bercuti sedangkan perkara sedemikian belum lagi dibenarkan.

Vie Shanti walau bagaimanapun menjawab Plaza Tol Gombak adalah sempadan negeri Selangor jadi surat kebenaran merentas negeri tidak diperlukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vie Shantie Khan (@vieshantiekhan)

Tak perlu surat sebab di Plaza Tol Gombak masih lagi sempadan Selangor. Yang nak lintas negeri tetap kena ada surat ya.

Dalam hantaran itu, dia turut meluahkan rasa syukur sebaik kerajaan mengisytiharkan kebenaran untuk semua aktiviti riadah. Katanya lagi, perjalanan ke lokasi riadah di Janda Baik itu hanya mengambil masa 30 minit dari rumahnya.

Dia sangat teruja kerana dapat melepaskan beban rindu untuk meluangkan masa bersama ahli anggota keluarga.

Berasa pelik dengan penjelasan yang dibuat, netizen mempersoalkan kedudukan Janda Baik sama ada berada di negeri Pahang atau Selangor. Ramai juga yang keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti riadah di Selangor.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...