Vie Santie Nafi Bercinta Dengan Zizan Razak

Hiburan

Vie Santie Nafi Bercinta Dengan Zizan Razak

Sekitar minggu lepas, gosip Zizan Razak yang dikatakan bercinta dengan bekas isteri Eizlan Yusof iaitu Vie Santie cukup hangat diperkatakan. Ada yang mendakwa hubungan mereka semakin rapat selepas kedua-duanya terlibat dalam satu perniagaan bersama-sama.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Zizan nampaknya enggan memberikan komen lanjut meskipun ia sudah menjadi viral.

Hari ini, Vie yang tidak mahu gosip ini berterusan telah tampil menjelaskan status hubungan beliau bersama Zizan menerusi akaun Instagram miliknya.

Dengan pengakuan tersebut, Vie berharap agar tiada lagi pihak yang terus mengaitkan beliau dengan gosip berkenaan kerana ia memberikan kesan negatif didalam hidupnya.

Berikut adalah penjelasan penuh Vie :-

Salam.. Sebelum ini saya mengambil langkah untuk berdiam diri bukan kerana apa yang diperkatakan itu benar.Buat masa ini saya sibuk menguruskan urusan perniagaan saya sehingga tidak mempunyai masa untuk mengambil bahagian mengulas hal remeh temeh sebegini..

Namun bila fitnah ini semakin berleluasa sehinggakan melibatkan nama saya di ruang-ruang gosip dalam akhbar mahupun laman sosial, maka saya terpanggil untuk mengambil langkah memperbetulkan dakwaan segelintir pihak yang tidak usul periksa tentang kesahihan banyak perkara yang dilemparkan keatas diri saya.

Perbuatan mereka ini sudah keterlaluan dan melampaui batas kerana tidak adil jika mereka terus menulis sesuatu topik yang boleh memberi kesan keatas reputasi saya, apatah lagi jika ia melibatkan hal peribadi. Maka pada hari ini (22hb Jan 2016) saya ingin menyatakan bahawa gosip liar yang kononnya saya mempunyai hubungan intim dengan Zizan Razak adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Saya hanya mengenali Zizan sebagai sahabat biasa, tambahan pula dia merupakan rakan kepada adik lelaki saya yang juga terlibat dalam industri yang sama. Saya memohon kepada semua pihak agar cerita fitnah ini dihentikan segera. Saya mempunyai keluarga dan mahu menjalani hidup seperti biasa tanpa sebarang kontroversi.

Akhir sekali, saya berharap agar ada sifat kemanusiaan di hatipara penulis untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sebelum ia dikeluarkan sebagai kenyataan. Dunia kita kini terlalu banyak fitnah.

Janganlah sampai tangan kita menjadi kotor ‘MEMFITNAH’ kehidupan orang lain sehingga sebenarnya kita seolah-olah ‘MEMBUNUH’ kehidupan orang tersebut dalam masyarakat.Semoga masih lagi ada golongan orang beriman yang percaya pada tuhan dan hariakhir lalu menghentikan segala tohmahan yang akhirnya ia boleh mengheret mereka kepada kemurkaan tuhan.. !!

Itu dia penjelasan panjang lebar oleh Vie sendiri, mungkin benar hubungan mereka tidak lebih daripada rakan perniagaan. Maknanya Eizlan Yusof masih ada lagi peluang untuk memujuk Vie kan?

Sumber Berita: Instagram Vie Santie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...