Tidak dapat dipastikan siapakah lelaki yang menyoal siasat wanita ini, yang mengaku mencuri dua kereta mewah iaitu Velfire dan Ford dengan cara menyewa dan kemudiannya kereta tadi dihantar ke bengkel untuk dileraikan.
Apa yang pasti pertanyaan dari si penanya yang dijawab oleh wanita itu disertai dengan tamparan, tumbukan dan maki hamun oleh lelaki yang bertanya.
Nampaknya zaman sekarang lelaki tidak ada masalah untuk memukul suspek pencuri walaupun seorang wanita. Jika suspek merompak ialah lelaki sering dipukul orang ramai, mengapa tidak wanita, mungkin begitu logik si lelaki.
Apa pun, tak cool lah bro, lelaki pukul perempuan. Sepatutnya, biar pihak polis saja yang bertindak. Kita janganlah mengambil alih tugas pihak polis. Apa pendapat anda?