Kecoh seketika apabila seorang wanita merakam satu video mengkritik satu produk losyen bakar lemak yang didakwanya tidak berkesan untuk membakar lemak kerana ianya ‘tidak panas’ ketika disapu ke kulit.
Video itu telah dimuat naik ke laman Facebook Malaysia Networks, namun begitu ia telah menerima kecaman Netizen.
Komen-komen yang diberikan Netizen itu dianggap boleh membuat wanita itu ‘menangis air mata darah’.
Walaupun kritikan wanita itu ada asas kerana haknya sebagai pengguna untuk membuat kritikan sekiranya sesuatu produk itu tidak dapat melakukan seperti apa yang didakwa, sepatutnya dia tahu lebih awal satu-satunya cara paling berkesan ialah dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Ramai telah berjaya dengan hanya menjaga pemakanan. Buktinya?
Diet Atkins. ? pic.twitter.com/PJOGELhpi9
— beautifulnara (@beautifulnara) May 4, 2016
Tidak ada jalan mudah untuk kurus. Buktikan anda juga boleh lakukannya! –amazingnara.com