(VIDEO)Wanita Bogel Halang Ambulans Bawa Kekasih Suaminya ke Hospital

Trending

(VIDEO)Wanita Bogel Halang Ambulans Bawa Kekasih Suaminya ke Hospital

Seorang wanita China nekad untuk menghalang kekasih suaminya yang cedera parah dilanggar olehnya dari mendapatkan rawatan di hospital dengan berbaring di hadapan ambulans tersebut dalam keadaan bogel.

Wanita yang cemburu itu menanggalkan semua pakaian dan meletakkannya di hadapan ambulans yang mengandungi kekasih suaminya itu dan anak perempuannya yang berusia empat tahun.

Zhang Shih, 38, melanggar wanita itu dan anak perempuannya dengan kereta Ahad lepas.

Advertisement

Kekasih suaminya, yang hanya diketahui bernama Wang, sedang menunggang basikal manakala anak perempuannya menumpang di tempat duduk belakang, lapor Beijing Shot.

Kanak-kanak yang tidak sedarkan diri diambil dari bawah kereta dan dimasukkan ke dalam ambulans, tetapi Zhang menghadang ambulans itu dari bergerak. Dia juga enggan bergerak walaupun dikelilingi polis yang mengacukan pistol.

Kanak-kanak itu meninggal dunia di hospital manakala ibunya berada dalam keadaan kritikal.

Satu penyiasatan akan dijalankan. Zhang, seorang tenaga pengajar universiti dari Linyi, provinsi Shandong di Timur China berdepan tuduhan bunuh dan cubaan bunuh, yang boleh dijatuhkan hukuman mati.

Insiden tersebut dirakamkan dalam video dan dimuatnaik ke laman video China, Youku.-Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...