Seorang wanita China nekad untuk menghalang kekasih suaminya yang cedera parah dilanggar olehnya dari mendapatkan rawatan di hospital dengan berbaring di hadapan ambulans tersebut dalam keadaan bogel.
Wanita yang cemburu itu menanggalkan semua pakaian dan meletakkannya di hadapan ambulans yang mengandungi kekasih suaminya itu dan anak perempuannya yang berusia empat tahun.
Zhang Shih, 38, melanggar wanita itu dan anak perempuannya dengan kereta Ahad lepas.
Kekasih suaminya, yang hanya diketahui bernama Wang, sedang menunggang basikal manakala anak perempuannya menumpang di tempat duduk belakang, lapor Beijing Shot.
Kanak-kanak yang tidak sedarkan diri diambil dari bawah kereta dan dimasukkan ke dalam ambulans, tetapi Zhang menghadang ambulans itu dari bergerak. Dia juga enggan bergerak walaupun dikelilingi polis yang mengacukan pistol.
Kanak-kanak itu meninggal dunia di hospital manakala ibunya berada dalam keadaan kritikal.
Satu penyiasatan akan dijalankan. Zhang, seorang tenaga pengajar universiti dari Linyi, provinsi Shandong di Timur China berdepan tuduhan bunuh dan cubaan bunuh, yang boleh dijatuhkan hukuman mati.
Insiden tersebut dirakamkan dalam video dan dimuatnaik ke laman video China, Youku.-Dailymail UK