Seorang wanita ‘ditelan’ hidup-hidup ke dalam satu eskalator pusat membeli-belah di bandar Jingzhou, wilayah Hubei di China hari ini, namun sempat menyerahkan anak lelakinya kepada staf pusat itu.
Dalam kejadian itu, wanita itu terbunuh apabila penutup di hadapan sebuah eskalator yang digunakannya runtuh menyebabkan dia terjerlus masuk ke lubang eskalator.
Staf pusat membeli belah itu cuba menyelamatkannya, tetapi gagal. Tiga jam kemudian mayatnya ditemui di bahagian bawah eskalator dan hampir sukar dikenal pasti.
Eskalator itu kemudiannya diketahui sedang dibaiki tetapi wanita itu enggan mendengar arahan dan tetap menaiki eskalator tersebut seterusnya terbabit dengan tragedi ini. Suaminya dikatakan berada di bawah eskalator tersebut dan tidak mahu menyertainya.
Sumber: YouTube
“Masked, I advance.” ― René Descartes
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 26 July 2015