Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita berbaju kurung dan bertudung warna ungu telah dikongsi di dalam laman Facebook Perkongsian Info sejak semalam dan menjadi viral.

Rata-rata Netizen tidak dapat mengawal kemarahan menyaksikan video tersebut.


Ada yang memberitahu mereka lebih sanggup berhenti kerja dan menjaga sendiri anak di rumah kerana tidak mahu perkara seperti ini berlaku kepada anak mereka.

Sementara itu, salah satu komen diberikan oleh Netizen yang bekerja sebagai pengasuh bahawa video ini tidak sepatutnya dijadikan landasan untuk menghukum semua pengasuh di taska menggunakan cara yang sama. Kebanyakan pengasuh menggunakan pendekatan berlembut dan menjaga anak-anak yang dihantar kepada mereka seperti anak sendiri.
Akhir tahun 2013, satu rakaman video menunjukkan seorang pemilik taska memukul kanak-kanak di taska asuhannya juga telah menjadi viral.
Pemilik taska itu, Rozita Awang didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan tersebut berdasarkan rakaman tersembunyi melalui pen kamera yang disorokkan dalam sebuah beg oleh bapa kepada salah seorang anak yang dihantar ke Taska Permata Harapan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Hasil siasatan mendapati taska itu sebenarnya beroperasi tanpa lesen dan operasinya kini telah ditamatkan. – amazingnara.com
Sumber: Perkongsian Info
Anonymous
November 1, 2016 at 12:07 pm
Pengasuh babi ni elok d tangkap sumbat dlm penjara,baru padan muka ko
Anonymous
October 27, 2016 at 8:27 pm
The person yg amik video ti pon shud help to stop it bukan continue amik video je. Kesian sgt anak kecil tu.. tada otak betul lah…
Fatimah
October 27, 2016 at 6:11 pm
Kes Tu La Ku X mau antaq ank p taska..tambh2 pompuan.plk..hai X.leh Aku..sakit Hati tgok..rasa mcm dia tibai ank Aku plk…?