Sejak malam tadi, beberapa rakaman video telah menjadi viral, memaparkan beberapa orang gadis di sebuah kedai mencuri alat-alat solek. Apa yang menarik, teknik mereka untuk mencuri ialah menyorokkan alat solek yang dicuri dalam payudara.
Video-video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Tieqa Ika.
Dalam video itu, tiga hingga empat orang gadis dilihat berpakat mengambil alatan kosmetik di kiosk sebuah butik bernama Blackcube Rich, dan memasukkannya ke dalam bra mereka. Kejadian dikatakan berlaku di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Ketika kejadian , hanya tiga orang pekerja berada dalam kedai, seorang melayan pelanggan, seorang sedang membaiki mesin pencetak manakala seorang lagi sedang berehat.
Tieqa mendakwa kerugian dari kejadian curi itu ialah RM 1,000 – RM 2000 hanya dalam masa beberapa minit. Satu laporan polis mengenai kejadian itu juga telah dibuat oleh pihak kedai.
Disebabkan ia telah menjadi viral, beberapa Netizen telah menyalurkan maklumat mengenai gadis-gadis itu, dan telah memuat naik satu gambar yang dikatakan dimuat naik oleh pelaku di akaun Facebook miliknya pada hari yang sama kejadian curi itu berlaku.
Ratusan pengguna Facebook memberi komen mengenai kejadian itu, dan ramai yang mengecam gadis-gadis ini kerana mencuri walaupun ada di antara mereka berwajah cantik.
Dan sudah tentu, komen paling win abad ini.
Video-video tersebut boleh ditonton di bawah.
Apa pun, kepada gadis-gadis yang terlibat, sayang sekali wajah cantik tetapi panjang tangan. Memang seronok, dapat pelbagai alat solek tanpa membayar satu sen pun, tapi jangan fikir anda tidak akan kantoi, apatah lagi pada zaman teknologi seperti sekarang di mana terdapat kamera rakaman litar tertutup dan pelbagai teknologi lain untuk menangkap dan mengesan pencuri. Silakan berhati-hati di lain kali. –amazingnara.com