(VIDEO)Unit 731: Kisah Hitam Jepun Yang Disenyapkan

Trending

(VIDEO)Unit 731: Kisah Hitam Jepun Yang Disenyapkan

Pernahkah anda mendengar tentang Unit 731? Adakah ia sebuah kapal angkasa? Atau prototaip bagi satu rekacipta terbaru?

Walaupun Unit 731 kedengaran seperti sebuah mesin dalam satu fasa eksperimental, ianya sebenarnya sesuatu yang sangat kontroversial semasa Perang Dunia Ke-II.

Unit 731 ialah satu projek biologikal rahsia yang ditempatkan di timur laut China selepas penaklukan Jepun.

Advertisement

Unit 731 memfokuskan kepada mengkaji, membangunkan, mengeluar dan menguji senjata-senjata biologikal.

Untuk memperbaiki eksperimen dan penyelidikan unit ini, kebanyakan subjek yang digunakan terdiri dari manusia dan haiwan – manusia, banduan China dan Rusia, untuk lebih spesifik.

Unit 731 mengakibatkan beribu kematian yang tidak adil dan tidak berperkemanusiaan, tetapi hanya pada tahun 80-an laporan-laporan tentang Unit 731 mula timbul untuk mendedahkan kebenaran.

Ini ialah satu sisi hitam sejarah negara Jepun yang menyedihkan, malah ia tidak dipedulikan dan ramai tidak mengetahui tentangnya. Kebanyakan buku sejarah Jepun juga langsung tidak menyebut tentang Unit 731. Ikuti video ini untuk dokumentari penuh:-

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...