Hari ini kecoh di media sosial mengenai satu video di media sosial memaparkan seorang ibu mendera anaknya menggunakan sebatang penyapu.
Dalam video yang berdurasi 23 saat itu, dapat dilihat wanita berkenaan memukul kanak-kanak tersebut beberapa kali di bahagian lengan dan muka.
sebab makan kena pukul sampai macamtu? gilaa pic.twitter.com/WsEKPWU1Fe
— aqiel ?? (@theaqil_) July 22, 2022
Wanita itu turut meletakkan batang penyapu ke leher kanak-kanak perempuan atas sebab yang tidak dapat diketahui.
Selain itu, turut dapat dilihat seorang lagi individu yang berada di meja makan hanya membiarkan penderaan berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan untuk memberhentikan perbuatan itu.
Pemilik video yang dikenali sebagai Aqiel tampil memberi tahu bahawa dia sudah pun membuat laporan polis dan berharap netizen menggunakan kuasa masing-masing supaya menularkan video berikut.
Video yang meraih lebih 1 juta tontonan itu mengundang pelbagai reaksi warganet dan rata-rata menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kekerasan yang dikenakan ke atas kanak-kanak perempuan itu.
Diharap pihak berkuasa dapat melakukan tindakan pantas bagi mengesan siapakah pelaku tidak bertanggungjawab terbabit.