Sebut sahaja nama Rozita Che Wan ataupun Che Ta, beliau memang cukup dikenali sebagai seorang yang gemar memakai bulu mata palsu. Pendek kata, memang dah jadi ‘trademark’ pelakon jelita itu. Malah, beliau juga seorang yang suka menggayakan pelbagai jenis fesyen yang anggun dan terkini.
Namun, penampilan Che Ta yang agak ringkas baik daripada segi pemakaian dan juga solekan mendapat perhatian netizen. Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh beliau di Instagram, ramai yang memuji betapa cantik dan mudanya Che Ta tanpa memakai bulu mata palsu.
Terserlah betul kecantikan sebenar wajah Che Ta, tetapi beliau ada beritahu suami tercinta, Zain Saidin gemar melihat beliau tampil dengan bulu mata palsu. Tidak apa, yang penting jaga hati suami dan biarlah suami sahaja yang tahu kejelitaan isteri. Betul tak?